Wednesday, February 16, 2011

Al - Kisah (Tayyib..) ~

Salam semua~


Untuk entri kali ni, aku nak cerita pasal seorang insan, yang namanya Mohamad Fakhri Hilmi Bin Mohamad Yazid a.k.a Adik . Beliau ni adik bongsu aku .

Tengok, kecik2 lagi dah comel~

Adik (panggilan manja adik aku) lahir pada 10.10.1994 . Dalam kami adik - beradik, dia sorang je yang berjaya ikut kulit cerah macam mak aku . Aku?? Kecik2 je putih, dah besor, foul . Ahaha . Selalu sangat main panas . Ape nak buat kan . Adik perempuan aku pun sama . Ikut foul macam aku jugak . Tapi dia tak main panas, heran aku . Ekeke (kemain sedap membahan ye~) . Adik seorang yang agak manja, standard laa, anak bongsu kan . Tapi, kadang2 dia degil tak tentu hala, itu yang aku geram tu . Apa yang best pasal Adik ni, dia suka nak ikut acuan aku . Suka disini aku mengingatkan kat kome, bukan acuan buat kuih ye, tapi acuan gaya hidup . Mostly, apa yang aku suka dia mesti ikut suka jugak . Nama pun adik beradik kan . Ehe . Aku suka main bola, dia pun suka jugak . Aku suka Manchester United, pun dia suka jugak . Aish, habis apa yang kamu tak suka Adik oi?? Senang cite, aku ni idola dia laa . Hehe . 

Dia tidur sebilik, sekatil dan sebantal dengan aku . Eh, cop!! Bantal asing2 . Lupa . Keh3 . Kome nak tau, asal aku bangun pagi je kan, mesti dia tengah lena sambil peluk aku . Aww, sweet you~ Itu memang dah jadi habit dia, tak boleh nak elak . Sampai aku umur 18 - 19 pun dia still tidur peluk aku . Haha . Masa dia dalam umur 6++ kot, dia ada satu habit . Dia suka cium siku orang ; mostly aku laa yang kena . Haha . Mak Ayah aku pun jadi mangsa . Aku syak dia terikut habit aku masa kecik . Muahaha!! Mak aku cakap aku dulu pun macam tuh (Malunya =.=") . Adik aku cukup takut kalau dia dah nak masuk tidur, aku tak nak masuk sekali . Sebab, dia takut tidur sorang2 . Ceyt~

Bila aku dah mula masuk Asrama, dia jadi boring . Sebab aku takde kat rumah . Asal aku call rumah je, dia mesti nak cakap dengan aku . Dia cakap laa, dia rindu aku, dia boring aku takde kat rumah, takde orang nak gaduh dengan dia etc. . Aku dalam lingkungan umur 13++ time tuh manelaa nak ambik port sangat cakap Adik aku . Kononnya pada aku, ayat2 picisan je tuh . Eceh . Keadaan yang sama berterusan dari aku form 1 sampai aku form 5 . Kalau aku balik cuti ke rumah, dia laa orang yang paling heaven sekali . Hoho . Lepas aku habis sekolah, aku direkrut masuk PLKN pulak, tapi panggilan kedua . Dari bulan 3 sampai bulan 6 . Itu jam, makin tak keruan laa adik aku dibuatnya . Habis je PLKN, dalam sebulan lebih lepas tu, aku dapat masuk Kolej Profesional MARA Beranang (KPMB) ; tempat di mana aku mengambil masa selama 4 tahun setengah untuk dapatkan segulung Diploma Lanjutan . Haha!! Okay, tak boleh cerita lebih2 . Next time aku cerita . :p

Tapi, Adik hanya bernafas di muka bumi Tuhan ni sehingga 27 November 2007, dalam usianya 13 tahun 1 bulan 7 hari . 26 November ; malam tuh Adik macam biasa laa, pegi surau . Itu dah memang rutin dia . Lepas sembahyang, dia mesti main race basikal barang sedas dua, dah puas baru balik rumah . Darah muda laa katakan . Ehehe . Tapi malam tu dia balik lambat sikit dari biasa, aku pun tak tau kenapa . Tak lama lepas tu, aku dengar bunyi loceng,  banyak kali pulak tu . Aku bukak gate, rupanya adik aku . Aku sound laa, "Tekan sekali dah laa" . Tapi dia macam nak tak nak je respons . Selalu tu, dia laa paling cepat menjawap . Masuk je rumah, dia mengadu sesak nafas . Aku tanya apa punca, dia cakap tadi tengah main race2 basikal dia terjatuh . Bucu handle basikal tuh terkena sisi pinggang dia, memang nampak bekas wey ; seketul rupa bucu handle tuh . Bucu handle kan bulat . Aku tanya lagi, macam mana boleh jatuh . Dia tak ingat insiden tuh, tau2 je dah tergolek . Jadi, aku dengan Mak tak dapat laa nak bayangkan macam mana insiden tuh terjadi . 

Adik still mengadu yang dia sesak nafas . Lama wey, dekat 10-15 minit jugak laa . Last2, aku dengan Mak aku decide bawak pegi hospital . Ayah aku time tuh tengah main badminton . Dia memang tak tau lagi pasal ni . Sampai2 hospital, aku terus ambik wheelchar, eh silap ; wheelchair (itu laa pentingnya English Education~) sebab kalau tak letak Adik atas wheelchair, pihak hospital tak nak layan . Diorang sentiasa mendahulukan kes2 kecemasan dulu . So, aku assume Adik aku kategori kes kecemasan laa . Lepas aku dah port kereta depan pintu masuk 'Emergency' tuh, Mak aku tolak wheelchair Adik sementara aku pegi cari parking kereta properly . Bila aku dah park kereta, aku masuk dalam and then follow Mak aku pegi ICU . Diorang masukkan adik aku kat sana buat sementara ; pelik2 je doktor ni . Tak lama lepas tuh, Ayah aku sampai . Adik perempuan aku takde masa ni, dia kat Hostel . Malam tuh Adik kena tahan wad . Ayah aku jaga dia, aku bawak Mak balik rumah . Mak kena kerja esok nya . 

Pagi esok nya, aku datang bawak Mak . Ayah balik untuk mandi dan rehat kejap . Mak aku last2 ambik EL (pada yang tak tau, EL = Emergency Leave~) . Yelaa, mak mana yang tak susah hati tengok anak kena tahan wad . Masa tuh, aku sempat laa jugak gurau2 kasar dengan Adik . Bila aku cakap dengan dia, dia sempat senyum balik . Pada aku, kira okay lah tu kan . Tengahari, family makcik aku sampai . Kitorang (Aku, Mak & Ayah) mintak tolong family makcik aku tengokkan Adik sementara kitorang pegi makan jap . Masa makan, semua orang makan sikit je, takde selera ; macam ada tak kena je . After makan yang ala kadar tuh, keme bertiga bergegas balik ke hospital untuk tengok condition Adik . Mula aku tengok, macam ada something wrong . Adik bernafas macam orang tak cukup nafas . Laju je dia bernafas . Masa tu, aku ingat biasa2 je kot . Lepas tuh aku duduk kat luar je . Sebab aku tak suka tengok Adik dalam keadaan macam tuh . Tak lama lepas tuh, jadi kecoh . Mak jerit2 panggil doktor . Adik macam terkulai je aku tengok . Time ni, serius aku cakap servis doktor2 hospital kerajaan ni sangatlah LEMBAP . Aku tak tau kenapa . Okay, aku admit yang ajal tu dia tak kan lambat atau cepat walau sesaat . Aku terima itu suratan Dia . Tapi, kecewa gila laa tengok sikap dan servis doktor2 tuh . Haih =.="

Bila reaction Mak aku yang panik macam tuh, baru laa diorang terhegeh hegeh datang buat apa yang patut . Aku masa tuh dah duduk jauh, termenung kat tepi tingkap . 2 orang doktor dengan 1 tong oksigen berada di area katil Adik . Diorang pam oksigen berulang ulang ; aku masa ni dah terpikir macam2 . Kome tau kan apa yang aku pikir . Tapi, at the end, benda yang aku pikir tu laa jadi kenyataan . Aku datang kat katil Adik, Adik dah takde . Lidah dia terjelir keluar . Sadis je aku tengok . Mungkin sebab doktor2 tadi pam oksigen, tu yang lidah dia terkeluar kot . Tanpa dipaksa paksa, air mata yang dah lama guwa tahan, jatuh berderai . Doktor mengesahkan kematian Adik pada jam 2 lebih waktu tempatan . Aku dengan Ayah tunggu kat Bilik Mayat untuk urusan bawak balik jenazah Adik .  


To Be Continued~

8 comments:

  1. hurrrrmmm.....rindu arwah ek?sedekah al fatihah banyak2.
    al-fatihah............=(

    ReplyDelete
  2. uhu..
    lebih kurang macam tu laa..
    al fatihah~
    nanti aku habiskan sisa2 cite ni..
    tak habis lagi..
    =)

    ReplyDelete
  3. nisha : weh~
    adoi..
    sorry2..
    tak dapat den nak nolong nya..
    :p

    ReplyDelete
  4. OUH. sedihnye. mule2 bace ingat cite lawak ke.
    last2 tengok cite menyayat hati.
    manjenye adik kau kann. *hee. aku xde adik.
    Moge rohnye dicucuri rahnat. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  5. syabi : eh??
    ada gaya nak start cite lawak ke??
    ehe~
    yup2..
    memang manja..
    kamu takde adik??
    sebab kamu yang last kan??
    insyaAllah..
    =)

    ReplyDelete
  6. iye lah. mule mule duk cite name lah.
    tak sangke bwah tu ade yg sedeh.
    iye lah. sy lah adik. sy manje mcm adk kamu.
    *ayat x menahan

    ReplyDelete
  7. haha..
    biasa laa..
    nak pancing orang baca kan..
    waa..
    manja macam adik guwa jugak??
    eceh~
    :p

    ReplyDelete