Monday, February 28, 2011

Ting Tang Ting Tang; Alexander~

السلام عليكم


Haa, harini mak nak ajar noks noks semua memasak. Haha!! Eh takdelaa, guwa bukan reti memasak pun. Cumanya, masak nasik dengan masak ayor tu, guwa paling pro sekali. Ekeke. Selalu kalau aku usha blog gadis gadis kan, usually dia mesti ada tunjuk dia cuba untuk main masak masak. Kalau tak banyak pun, tapi MESTI ada punya laa. So, aku pun nak jugak tunjuk bakat aku sikit. Boleh tak macam tu?? Eh, mesti laa boleh. Dah ini blog aku, kan kan kan. :D


Fuh, aku tengok pun meleleh~
(Eleh, dah hang yang masak, memang laa hang je yang meleleh tengok. Entah entah orang lain apa pun tak~ :p)


Yang sebenornye kan, ini breakfast aku hari Khamis sudah. Aku malas update blog minggu lepas. So, aku forward ke minggu ni. Haha!! Enjoy~


p/s : Sapa sapa rasa nak ambik kelas memasak, sila call aku. 013-6**7**4~
:D


F a R i D

Temu Ramah Mesra~

السلام عليكم


Well, hello there World (cewah, buat gaya Anwar Hadi lah pulak~ :p)


Pada tarikh 23 Februari 2011, hari Rabu; bertempat di Bank Muamalat Ipoh, Aku telah menghadiri satu sesi interview. Haha. First experience aku kot~


Mak ai, duduk sebatu jauhnya~ :D


Sebelum tu, hari Isnin malam tu, ada orang call aku (apa malam malam buta call panggil datang interview~). Dia bagi briefing serba sikit pasal position yang aku apply tu. Dia jugak ada bagi tips tips apa yang bakal si tukang interview tu tanya aku nanti. "Nanti, you datang Bank Muamalat Ipoh, you cari orang nama Tuan Haji Zakaria. Dia yang akan interview you". Haa , ambik hang. Tuan Haji yang interview aku. Then, orang yang call aku tu pesan lagi, "Nanti you prepare lah sikit sikit pasal Fardhu Ain, tugas tugas job you tu ye. Oh ye, kalau you rajin, you buat research sikit pasal Bank Muamalat ye". Ah sudah, ni nak pegi kelas Fardhu Ain ke, nak interview ni?? Tapi, guwa layankan je. Malam esoknya tu, aku mula laa refresh balik asas asas Fardhu Ain aku. Haha. Yelaa, benda bukan kita tak tahu, cuma nak kena ingat balik sikit sikit.

Interview tu akan berlangsung pada pukul 11 pagi. So, aku pun prepare lah apa yang patut supaya bila nak gerak pegi, aku takde laa rushing sangat. Pagi Rabu; lepas Subuh, guwa mandi baik baik punya, taruk minyak rambut, sikat rambut kemas kemas, pakai perfume faveret segala bagai, guwa pun melangkah keluar dari rumah. Cop~ Sebelum tu, ada kejadian yang aku rasa tak patut ada pagi tu. Ahaha. Malam sebelumnya, aku dah letak siap siap baju dengan seluar aku kat meja iron. Senang Mak aku nak iron kan sekali. (punyalaa pemalas~) Tapi lepas tu, mak aku cakap kat aku kat seluar aku macam ada something yang kotor, macam basuh tak bersih. Aku check balik. Haiyaa!! How come boleh ada benda alah macam tu. Dia macam putih putih sebab sabun. Lebih kurang macam tu laa. Pelik aku, padahal aku basuh haritu elok je. Mak aku pun dah lambat nak pergi kerja, so aku ambik seluar tuh aku letak air kat area area G spot dia. Cewah. Haha. Jenuh laa jugak, ada yang hilang, ada yang tak. Yang tak hilang tuh, aku letak air then aku tonyoh dengan berus. Nasib baik hilang. Aku pun ambik seluar, seterika balik bagi cun then pegi mandi. Ahaa~

Bila dah siap hensem hensem ni, (hensem ke??) aku pun bagitau bapak aku nak gerak dah, then aku text membe aku; Hanip Si Burung Hantu. Haha. "Weh, hang dah siap belum?? aku dah otw pi umah hang", lebih kurang macam tu laa ayat dia. Sampai kat rumah dia, aku baru teringat yang tie aku tertinggal kat rumah. Haiyaa~ Nasib baik si Hanip ni ada tie yang STYLEE~ hehe. kitorang pun gerak dari taiping around pukul 9 ++ . Sementara nak sampai ipoh, kami sempat singgah RnR Sungai Perak dulu; lepak dulu bro, minum minum, isi perut sikit. Ye dak?? Haha. Time ni orang tak ramai kat RnR; part ni yang best. Aku dengan Hanip datang kat cafe dia, semua orang kat situ usha satu macam kat kitorang; macam tak pernah jumpa orang je gayanya. Mana tak nya, dress up kami dua dah macam gaya gaya CEO paling berjaya kat Malaysia. Wehuu~ (perasan sudah~) After dah setel breakfast semua, kami sambung perjalanan kami ke Ipoh. Haha. Macam jauh je bunyi nya. Kami sampai kat bangunan Bank Muamalat dalam pukul 10 ++ . Dah cari port parking baik punya, aku pakai tie, betul betul kan sikit apa yang patut then aku dengan Hanip pun pegi laa masuk Bank Muamalat nya. Masuk masuk je, terus aku tuju kat Pak Guard yang budiman kat tepi sudut tu. (sudut mana entah~) 


*******************


Aku : "Assalamualaikum Pakcik."

Pak Guard yang Budiman : "Waalaikumussalam. Ya??"

Aku : "Tumpang tanya, saya nak jumpa dengan Tuan Haji Zakaria."

Pak Guard yang Budiman : "Oh, nak interview ye?? Awak naik tangga depan sana, lepas tu pegi kanan sekali ada pintu ofis. Dari situ, akan ada orang yang handle awak."

Aku : "Oh, terima kasih ye pakcik."



Lepas aku dah sembang lebih kurang dengan Pak Guard yang Budiman tu, aku naik atas then jumpa laa pintu department ofis Bank Muamalat nya. Aku ambik barang barang keperluan yang patut dari beg aku, then aku mintak tolong Hanip jaga beg aku tu. Masuk je dalam ofis, dia suruh aku masuk dalam satu bilik kecik; something yang pada aku ala ala bilik meeting diorang. Department dia pun kecik je. Hee~ Bila aku masuk ada sorang mamat ni, dia pun tengah nak tunggu kena interview. Mula mula aku masuk dia macam terkejut, dia ingat aku laa BOS yang interview dia tu. Ekeke. Tengok, dia pun usha aku ada gaya gaya BOS BESAR(okay Farid, stop merepek ye~) Tak lama lepas aku dah sembang 2-3 das dengan budak tu, assistant bos datang. Dia bagi aku 4 helai kertas. Kome tau ape benda nye?? Ahaa~ 

1. Kertas soalan berkaitan Fardhu Ain. (1 Helai)

2. Kertas untuk diisi tentang personal details. (3 Helai)

Ambik hang, berpeluh peluh aku jawap soalan fardhu ain tu. Habis keluar peluh jantan aku. (memang laa, tak kan betina pulak, adoyai~) Nasib baik laa aku ada revise balik bab bab fardhu ain ni. Yela, bukan tak tahu, tapi sebab dah lupa. Biasalaa, aku bab benda benda lagho cepat jela aku ingat. Ekeke. Then, bila dah setel bab jawap soalan cepucemas tu, dia panggil buat test komputer pulak. Yang ini, tak laa susah sangat. Tapi bila dia dah bagi estimated time dia, menggelabah jugak laa aku. Dan dan laa tangan mula berpeluh jugak time ni. Haha. At last, siap pun. Sementara dah siap tu, aku tunggu je laa turn aku. Rilek rilek di shopping kompleks. Eh silap. Lepak kat meja yang disediakan je pun. Masa tu, kat meja aku lepak tu, kebetulan ada client datang. Dia ada something yang dia musykil pasal bank statement dia; berkenaan personal loan yang dia buat untuk beli rumah. Kemain dia speaking time dia explain apa yang dia tak paham pasal statement tu. Sampai akak yang handle dia tuh, speechless terus. Terus kene mintak bantuan Assistant Boss dia. Kesian akak tu kene tepet free je. Haih~ Brader tu pun satu, jangan laa show off sangat. Kita sesama melayu kot.. =.="

Haa, akhirnya, masa yang ditunggu tunggu telah pun tiba. Turn aku pulak kena interview. Guwa buat muka paling rilek abad ini, melangkah dengan penuh bergaya menuju ke bilik kecik tu untuk di interview. Masuk masuk, bagi salam. Tuan Haji tu pun suruh duduk. First benda dia buat, dia belek belek kertas jawapan aku, dengan personal details aku. After dia tick kertas jawapan aku, dia pun mula bersuara.

Tuan Haji : "Baca fatihah boleh?? Sekali tajwid." (Ah sudah, ini interview keja bank ke interview Imam Muda ni?? =.=")

Aku : "InsyaAllah boleh." (Aku pun start baca dengan tune yang paling power aku ada~)

Tuan Haji : "Banyak kena perbetui lagi tu. Semayang dak?? Baca Quran dak??" (Tu dia soalan, habih kemaih dia bagi aku~)

Aku : "Semayang, Quran tu dah jarang baca." (Yeah, my mistake~)

Tuan Haji : "Laa, pasaipa dah jarang?? Kuliah agama pi dak??" (Haiyaa, aku kalah soalan soalan macam ni~)

Aku : "(Senyum kelat sikit~) Entah laa, salah diri sendiri. Semua tu datang dari diri sendiri. Tak pun, jarang jugak." (Tak kan guwa nak tipu pulak kan~)


*******************

Haa, tu baru mukadimah dia. Lepas dah tepet aku dengan soalan soalan yang agak membunuh, dia pun tanya serba sedikit pasal latar belakang aku, family aku bla bla bla. Nasib baik laa boleh melawak lagi dengan Tuan Haji tu time interview. So, takdelaa aku nervous sangat. Hihi. At the end dia cakap, nanti kalau terpilih, akan ada orang call aku untuk diserap masuk bekerja di Bank Muamalat Ipoh. Harap harap nya, dapat lah ye. Boleh aku selalu turun Stadium Ipoh tengok bola. Ahaha. (tengok, belum apa apa nawaitu tu dah terpesong~)

Semoga Tuan Haji pilih lah saya ye!! Amin~

Lepas sesi interview tu, aku dengan Hanip sempat jalan jalan cuci mata kat Al-Ikhsan Ipoh Parade. Tiba tiba aku ada terjumpa patung yang siap bergaya dengan jersi Liverpool. Macam ni haa~


Sepak pun tak kena, patut laa Standard Kampung je. Eh silap, Standard Chartered~
(Jangan marah haa fans Liverpool~)



F a R i D

Sunday, February 20, 2011

Resepi Rahsia~

السلام عليكم


Haa, kali ni punya entri nak bawak sedikit kelainan. Nak speaking 'Utara Accent' sikit. Cewah~ Bukan pa (alamak, dah terStart cakap utara~) 2 - 3 hari lepaih, asyik dok tengok video2 yang terkandung nya 'Utara Accent ni'. Ehehe. So kali ni, aku pun nak tulih entri dalam loghat utara bak kata orang kita. Keh3. Hampa ada penah dengaq pasai mamat ni dak?? IniAnwarHadi. Dia ni kira geng budak cerdik laa pada aku. Speaking English kemaih, speaking utara, toksah cita laa. Kalau tak kemaih jugak, baik tak payah dok area utara. Muahaha. Mamat Anwar Hadi ni ada stail tersendiri; kebanyakan Vlog - vlog (vlog = video log) yang dia hasilkan, ada mesej2 yang berguna untuk kita2 semua ni jadikan pengajaran. Dalam banyak2 Vlog yang dia dah buat, aku cukup berkenan kat Vlog dia yang satu ni.


Anwar Hadi, lu memang stail habaq hang~


"Dah lama tak pi makan kat market ikan manhattan ni.." Haha. Haram aih budak ni. Pandai cari point untuk buat audiens gelak sakan. Mostly, apa yang dia dok habaq dalam Vlog dia ni, ada betui nya. Aku ambik contoh bab makan kat "Market Ikan Manhattan" tuh. Haha. Yalaa, tang makan, kemain lagi dok order eskrem harga RM 32.45 (baca macam ni : 32 ringgit 4 kupang 5 duit~). Dah tu, tang nak bagi derma, cukup liat. Itu pun bagi duit seringgit ja. Bukan kata tak bulih, memang kata derma tu atas diri masing masing; seikhlas mungkin. Tapi kalau dah harga eskrem pun 30 ++, apa laa salahnya bagi derma lebih sikit; nanti hampa jugak yang murah rezeki. Betui dak?? Aku nak cakap lebih lebih pun tak bulih, pasai aku pun bukannya berjenih sangat orangnya. Ekeke. Takpa, yang baik kita ambik jadikan tauladan, kan??


So..
Harapannya..
Semoga hampa2 yang baca entri kali, dapat manfaat..
InsyaAllah~
=)




F a R i D

Friday, February 18, 2011

Action Kamen~

السلام عليكم


Agak2 kome kan, muka kome boleh lagi eksyen dari budak ni tak??


You all jangan jeles tau, Pak Long dukung I~

Haha, siot laa budak ni . Buat muka action kamen . Cha, tak baik riak . Tuhan tak suka . 
:p

F a R i D

Wednesday, February 16, 2011

Rajinnya~

Ohoi Farid!!


Kemain skang rajin ye . Rajin apa kamu tanye?? Rajin update blog laa . Ceyt~


Rajin update blog tu dah bagus dah, tapi dah MALAS bersukan . Apa kes??


Dah2 . Lepas ni tolong beri keutamaan balik kepada penjagaan berat badan dan perut anda ye Farid?? (Aku dah cakap dah, buat blog ni lagho~)


Sayangi Perut Anda Setiap Hari (Pesanan Khidmat Masyarakat dari Vitagen~)


Moh Joging!!




F a R i D

Al - Kisah (Tayyib..) ~

Salam semua~


Untuk entri kali ni, aku nak cerita pasal seorang insan, yang namanya Mohamad Fakhri Hilmi Bin Mohamad Yazid a.k.a Adik . Beliau ni adik bongsu aku .

Tengok, kecik2 lagi dah comel~

Adik (panggilan manja adik aku) lahir pada 10.10.1994 . Dalam kami adik - beradik, dia sorang je yang berjaya ikut kulit cerah macam mak aku . Aku?? Kecik2 je putih, dah besor, foul . Ahaha . Selalu sangat main panas . Ape nak buat kan . Adik perempuan aku pun sama . Ikut foul macam aku jugak . Tapi dia tak main panas, heran aku . Ekeke (kemain sedap membahan ye~) . Adik seorang yang agak manja, standard laa, anak bongsu kan . Tapi, kadang2 dia degil tak tentu hala, itu yang aku geram tu . Apa yang best pasal Adik ni, dia suka nak ikut acuan aku . Suka disini aku mengingatkan kat kome, bukan acuan buat kuih ye, tapi acuan gaya hidup . Mostly, apa yang aku suka dia mesti ikut suka jugak . Nama pun adik beradik kan . Ehe . Aku suka main bola, dia pun suka jugak . Aku suka Manchester United, pun dia suka jugak . Aish, habis apa yang kamu tak suka Adik oi?? Senang cite, aku ni idola dia laa . Hehe . 

Dia tidur sebilik, sekatil dan sebantal dengan aku . Eh, cop!! Bantal asing2 . Lupa . Keh3 . Kome nak tau, asal aku bangun pagi je kan, mesti dia tengah lena sambil peluk aku . Aww, sweet you~ Itu memang dah jadi habit dia, tak boleh nak elak . Sampai aku umur 18 - 19 pun dia still tidur peluk aku . Haha . Masa dia dalam umur 6++ kot, dia ada satu habit . Dia suka cium siku orang ; mostly aku laa yang kena . Haha . Mak Ayah aku pun jadi mangsa . Aku syak dia terikut habit aku masa kecik . Muahaha!! Mak aku cakap aku dulu pun macam tuh (Malunya =.=") . Adik aku cukup takut kalau dia dah nak masuk tidur, aku tak nak masuk sekali . Sebab, dia takut tidur sorang2 . Ceyt~

Bila aku dah mula masuk Asrama, dia jadi boring . Sebab aku takde kat rumah . Asal aku call rumah je, dia mesti nak cakap dengan aku . Dia cakap laa, dia rindu aku, dia boring aku takde kat rumah, takde orang nak gaduh dengan dia etc. . Aku dalam lingkungan umur 13++ time tuh manelaa nak ambik port sangat cakap Adik aku . Kononnya pada aku, ayat2 picisan je tuh . Eceh . Keadaan yang sama berterusan dari aku form 1 sampai aku form 5 . Kalau aku balik cuti ke rumah, dia laa orang yang paling heaven sekali . Hoho . Lepas aku habis sekolah, aku direkrut masuk PLKN pulak, tapi panggilan kedua . Dari bulan 3 sampai bulan 6 . Itu jam, makin tak keruan laa adik aku dibuatnya . Habis je PLKN, dalam sebulan lebih lepas tu, aku dapat masuk Kolej Profesional MARA Beranang (KPMB) ; tempat di mana aku mengambil masa selama 4 tahun setengah untuk dapatkan segulung Diploma Lanjutan . Haha!! Okay, tak boleh cerita lebih2 . Next time aku cerita . :p

Tapi, Adik hanya bernafas di muka bumi Tuhan ni sehingga 27 November 2007, dalam usianya 13 tahun 1 bulan 7 hari . 26 November ; malam tuh Adik macam biasa laa, pegi surau . Itu dah memang rutin dia . Lepas sembahyang, dia mesti main race basikal barang sedas dua, dah puas baru balik rumah . Darah muda laa katakan . Ehehe . Tapi malam tu dia balik lambat sikit dari biasa, aku pun tak tau kenapa . Tak lama lepas tu, aku dengar bunyi loceng,  banyak kali pulak tu . Aku bukak gate, rupanya adik aku . Aku sound laa, "Tekan sekali dah laa" . Tapi dia macam nak tak nak je respons . Selalu tu, dia laa paling cepat menjawap . Masuk je rumah, dia mengadu sesak nafas . Aku tanya apa punca, dia cakap tadi tengah main race2 basikal dia terjatuh . Bucu handle basikal tuh terkena sisi pinggang dia, memang nampak bekas wey ; seketul rupa bucu handle tuh . Bucu handle kan bulat . Aku tanya lagi, macam mana boleh jatuh . Dia tak ingat insiden tuh, tau2 je dah tergolek . Jadi, aku dengan Mak tak dapat laa nak bayangkan macam mana insiden tuh terjadi . 

Adik still mengadu yang dia sesak nafas . Lama wey, dekat 10-15 minit jugak laa . Last2, aku dengan Mak aku decide bawak pegi hospital . Ayah aku time tuh tengah main badminton . Dia memang tak tau lagi pasal ni . Sampai2 hospital, aku terus ambik wheelchar, eh silap ; wheelchair (itu laa pentingnya English Education~) sebab kalau tak letak Adik atas wheelchair, pihak hospital tak nak layan . Diorang sentiasa mendahulukan kes2 kecemasan dulu . So, aku assume Adik aku kategori kes kecemasan laa . Lepas aku dah port kereta depan pintu masuk 'Emergency' tuh, Mak aku tolak wheelchair Adik sementara aku pegi cari parking kereta properly . Bila aku dah park kereta, aku masuk dalam and then follow Mak aku pegi ICU . Diorang masukkan adik aku kat sana buat sementara ; pelik2 je doktor ni . Tak lama lepas tuh, Ayah aku sampai . Adik perempuan aku takde masa ni, dia kat Hostel . Malam tuh Adik kena tahan wad . Ayah aku jaga dia, aku bawak Mak balik rumah . Mak kena kerja esok nya . 

Pagi esok nya, aku datang bawak Mak . Ayah balik untuk mandi dan rehat kejap . Mak aku last2 ambik EL (pada yang tak tau, EL = Emergency Leave~) . Yelaa, mak mana yang tak susah hati tengok anak kena tahan wad . Masa tuh, aku sempat laa jugak gurau2 kasar dengan Adik . Bila aku cakap dengan dia, dia sempat senyum balik . Pada aku, kira okay lah tu kan . Tengahari, family makcik aku sampai . Kitorang (Aku, Mak & Ayah) mintak tolong family makcik aku tengokkan Adik sementara kitorang pegi makan jap . Masa makan, semua orang makan sikit je, takde selera ; macam ada tak kena je . After makan yang ala kadar tuh, keme bertiga bergegas balik ke hospital untuk tengok condition Adik . Mula aku tengok, macam ada something wrong . Adik bernafas macam orang tak cukup nafas . Laju je dia bernafas . Masa tu, aku ingat biasa2 je kot . Lepas tuh aku duduk kat luar je . Sebab aku tak suka tengok Adik dalam keadaan macam tuh . Tak lama lepas tuh, jadi kecoh . Mak jerit2 panggil doktor . Adik macam terkulai je aku tengok . Time ni, serius aku cakap servis doktor2 hospital kerajaan ni sangatlah LEMBAP . Aku tak tau kenapa . Okay, aku admit yang ajal tu dia tak kan lambat atau cepat walau sesaat . Aku terima itu suratan Dia . Tapi, kecewa gila laa tengok sikap dan servis doktor2 tuh . Haih =.="

Bila reaction Mak aku yang panik macam tuh, baru laa diorang terhegeh hegeh datang buat apa yang patut . Aku masa tuh dah duduk jauh, termenung kat tepi tingkap . 2 orang doktor dengan 1 tong oksigen berada di area katil Adik . Diorang pam oksigen berulang ulang ; aku masa ni dah terpikir macam2 . Kome tau kan apa yang aku pikir . Tapi, at the end, benda yang aku pikir tu laa jadi kenyataan . Aku datang kat katil Adik, Adik dah takde . Lidah dia terjelir keluar . Sadis je aku tengok . Mungkin sebab doktor2 tadi pam oksigen, tu yang lidah dia terkeluar kot . Tanpa dipaksa paksa, air mata yang dah lama guwa tahan, jatuh berderai . Doktor mengesahkan kematian Adik pada jam 2 lebih waktu tempatan . Aku dengan Ayah tunggu kat Bilik Mayat untuk urusan bawak balik jenazah Adik .  


To Be Continued~

Monday, February 14, 2011

I Love You STALKER~

Salam Sejahtera Ke Atas Anda Semua..




Stalker . Menatang apa Stalker tuh?? Boleh di makan ke?? Macam mana rupa dia?? Macam2 persoalan keluar bila mula2 aku kenal apa itu Stalker . Ehe . Meh tengok sikit definisi Stalker  . 


According to Urban Dictionary.com the term has three definitions .


1. Someone who is obsessed with someone else and stalks them on facebook. Not always traceable or noticable, but clues are: wall posts replying to every status update, viewing every posted picture of the stalked, etc. 
("Wall posts replying to every status update, viewing every posted picture of the stalked, etc." Cilake, ayat dia ni buat aku terasa~ :p)

2. A person who spends large amounts of time on facebook looking at other people's profiles. often browsing photos, walls (or wall-to-walls), groups, or recent activity posted on the stalked person's mini-feed. 
(Haha . Makna kata, semua orang yang ada FB, STALKER~)


3. A person who hooks up with people, and then stalks them on facebook. This is different from facebook whore. Dude, that girl is such a facebook stalker. She won't stop messaging 
me.




Sejak2 kemunculan zaman "Dunia Tanpa Sempadan", macam yang sekarang kita tengah tempuhi ni, lebih2 lagi kat laman sosial macam Facebook; makin ramai lah jugak di kalangan kita yang menjadi part-time Stalker .  Ahaha . Apa?? Tak betul?? Cit poodah . Macam lah kome tak pernah stalk2 page orang lain kan . Ekeke . Okay, aku tak kata salah pun jadi part-time Stalker ni, masing2 ada opinion masing2 kan . Selalu nya, kalau kome2 ni stalk page orang, mesti bersebab kan . Kalau stalk duduk diam2 takpe lagi, ini masalah nya, awak tuh dah laa stalk page orang, lepas tuh menyalak nyalak tak tentu hala . Tapi macam kata kawan aku ni laa . "Stalker ni macam peminat hang @ secret admire laa . Dia ambik berat kat kita kot . Hang ada?? Hang ada??" . Haha . Aku pun tak tau laa aku ade ke tak Stalker . Rasa macam ada . Ehe (Bajet Hot je hang ni Farid~)


Kejadian stalk - mengeStalk ni tak terjadi secara official kat aku, tapi kat kawan aku . Kesian gila . Tak pasal2 kawan aku tuh kene setepet dengan si Stalker . Dia sedap2 stalk page kawan aku ni tapi, bila tang nak 'Fire' kawan aku, dia post dekat formspring kawan aku je . Haha . Kang kalau post dekat wall kawan aku, kantoi laa dia ni STALKER . Ye dak?? Ni antara bukti si Stalker berdialog dengan kawan aku tu :-


Si Stalker bagi setepet, kawan aku balas bertepet tepet . Best~


Ini pulak pesanan khidmat masyarakat dari kawan aku tu :-

Haha . Menganjing Tahap Petala Langit Ke-2~


Tak pasal2 kawan aku kena . Niat dia telah di salah erti kan oleh si Stalker . Aku pernah je tengok gambar yang kawan aku tuh letak . Takde aku pikir ape2 pun . Tapi, si Stalker ni kemain geram + marah + lots of jealous dengan kawan aku ni . Dah kenapa kamu ni Yong oi?? Eh, Yong?? Mane hang tau dia perempuan wey?? Bak kata kawan aku, "Tengok gaya dia cakap pun dah tahu perempuan, tak kan lelaki pulak." Haha . Mula2, aku pun tak expect perempuan . Tapi, lama2 bila aku baca balik bait2 ayat dia tuh (cewah~), ada laa iras2 ayat perempuan yang iri hati dengan rezeki kawan aku . 

Okay, meh kita buat conclusion dari bait2 ayat dia tuh dan seterusnya menutup terus entri untuk kali ni :-

"Frankly talk, awk ni mcm berlagak. like giler berlagak yet annoyingggg. perlu ke ambil setiap sudut gambar kereta baru. komen2x awk kt gmbr 'kereta mahal' pun sgt lah annoying. x perlu la show off sgt. oh come on, its just vios. x perlu gedik ok??"

Conclusion :
1. Berlagak?? Kau kenal ke kawan aku ni orang nya macam mana?? Main tuduh2 je dia berlagak~

2. Annoying?? Dia upload gambar tuh kat Facebook dia je pun . Takde pulak dia heboh2 satu dunia . Aku pun mula2 tak tau dia ada kereta baru . Lepas aku STALK page dia baru aku tau . (Kantoi stalk~ :p)

3. Show Off?? Kau jealous ni . Kan2?? :D

4. Gedik?? Letak gambar kereta milik diri sendiri kau cakap gedik?? Haha~ Kau ni paham ke istilah gedik tuh ape?? Tak sesuai langsung ayat kau ni . :p


F a R i D

Thursday, February 10, 2011

Perak FM, Untuk Kome Aje (Tagline Mahal Tuh) ~

Ada satu hari tu, aku tengah breakfast . Makan roti lapik telur . Eh boleh eh macam tu?? Ape pulak tak boleh . Korang susun roti tuh bertingkat tingkat, then setiap roti diselang seli kan dengan telur . Get it?? Haha . Eh, dah tersasar dari topik asal sebenarnya . Aku makan roti tuh sekadar watak sampingan . Watak utama untuk entri kali ni, radio kat rumah aku yang frekuensi nya 104.1 FM, Perak FM . Mak aku laa punya keje ni . Ekeke . Weh, aku baru teringat . Sebenarnya, bukan makan pagi, aku makan tengahari . Haha . Sorry2 . Takpe laa, anggap laa itu mukadimah ye . Baru sedap nak start cerita . Ehe~

Tengah aku sedap menjamu selera ni, aku dengar laa DJ Perak FM ni berceloteh . Ada satu panggilan masuk . Di bawah berikut, dialog perbualan antara si DJ dengan si pemanggil . Kak Nab (bukan nama sebenar, sebab aku tak hafal nama dia . :p)

DJ : "Hello, siapa bercakap??"

Kak Nab : "Ni Kak Nab ni, dari Teluk Intan"

DJ : "Ouh Kak Nab . Ape ceghite?? Buat ape je petang2 ni??" (Dan2 DJ macam kenal . Haha~)

Kak Nab : "Kak Nab tengah lipat baju ni" (Kak Nab tu gelak 2-3 das, lepas tuh terus dia        letak gagang telefon)

DJ : "Lah, udah dia letak gagang telepon . Ajenye handei ye Yong~" (DJ tu pun pakat gelak mengenangkan kerenah Kak Nab)


1st time aku jumpa conversation dalam radio macam tuh . Punya sempoi . Nasib baik aku tak tersedak time makan nasik tengahari tu . Kak Nab, Kak Nab . Macam2 hey . Ekeke . Tapi kan, kat radio2 negeri ni commonly memang sesama DJ dengan si pemanggil selalu nya kenal . Kadang2 aku dengar kat Perak FM ni, siap bersembang macam terserempak kat kedai runcit je gayanya . Haha . Style habis . Sebab tuh laa Tagline Perak FM; Untuk Kome Aje, sangat2 lah sesuai . 


p/s : Ada satu slot kat Perak FM ni, nama dia "Deme Tanye Pak Ngah Jawap" . Haa, menjawap le kome weyh~
:D

F a R i D

Alisya Auni Nama Diberi~

Hai semua!! Bertemu kembali dalam rancangan memasak bersama Kak Bedah . Haha . Kejadanhya . Harini aku nak cerita pasal anak buah aku . Tahun ni dah masuk 4 tahun dah umur dia . Cakap petah gila, mengalahkan orang tua . Ekeke . Nama dia Alisya Auni . Kadang2 panggil 'cha' je, kadang2 tu pulak panggil dalam bentuk berirama ; macam ni haa "Cha3 Auni~" (Sebut dengan gaya paling comel sekali okay) . Macam tuh pun ada . Ahaha . 

Masa dia kecik2 dulu, punya laa dia menyombong dengan aku . Datang dekat dengan aku pun tak nak . Ape lah kurang nya aku ni . HENSEM dah ada, COMEL pun dah ada sikit2. Okay, aku tipu . Tak tau laa dia, dia macam takut2 sikit dengan aku . Agaknya jarang jumpa kot . Ni dah besor sikit ni, dah terer cakap semua, kemain dia gedik mengada ngada dengan aku . Haha . I loike~

Alisya dah transform laa bak kata orang putih . Dengan semua orang dia suka main . Actually, dia seronok tengok orang ramai dan dia sangat suka berkawan . Berbeza sangat lah dengan dia time kecik2 dulu . Skang ni, kalau datang rumah aku, kalau adik aku takde dia mesti cari aku . Kalau mak aku cakap aku keluar, dia mesti cakap macam ni "Cha tunggu Pak Long balik" . Wah!! Haha . Kome nak tengok ke idak mane rope orang nye?? Nak?? Okay, Gentlemen, Starts Your Engine~



Ini Mummy dia tangkap, aku edit je~

Orang suruh tengok kamera, dia pegi pejam~

Gedik santai dengan Pak Long nya~

Makin menjadi jadi gedik dia~

"Pak Long, nak main buai"

"Cha, paparazi ambik gambar kita lah!!"

Nak tak nak je senyum . Ekeke~

Orang sibuk meeting, dia pun nak sibuk jugak~

"Ini Cha punya"

Gigi mana?? Tunjuk gigi sikit~

Amboi, muncung~

Gelak tawa dengan Opah Su dia~

Haa, kantoi . Nampak gigi jongang dia~

Ini, entah apa caption nak letak~

"Cha, tengok kamera lah"

Eh, suka pulak dia~

Ewah2 dia, posing~

Korang ingat korang je boleh posing2 sambil kembungkan pipi??

Uuu, seksi you~


Haa, itu adalah sebahagian daripada nya . Ehe . Dia ni cukup suka pakai baju kurung, kalau dah pakai tuh, tak bukak sampai esok pun takpe . Mak aku ada bagi dia sepasang baju kurung haritu, berkenan sungguh dia kat baju kurung tu . Bertuah punya budak . Pandai main drama . Kalau tak nak bagi apa yang dia nak, secara automatik air mata dia bergelinang disertai dengan tangisan yang kuat . Tapi jangan risau , tak sampai seminit, kalau dia dah dapat barang dia tu, secara automatik hilang semua mimik muka tadi . Ahaha . Ada satu hari tuh, dia dah letih main, datang mood mengada dia nak orang dukung . Orang lain semua tengah busy ni, sebab tengah kenduri . Si Alisya ni dah mengamuk tak tentu hala dah . Nasib baik pakcik aku ada ; pakcik aku ambik dia, dukung dia dan secara automatik mengamuk tuh semua hilang . Tapi yang tak tahan nya, muka dia bila dah di dukung, sumpah mengada ngada!! Haha . Bertuah punya budak, serius cerdik~

Ini satu hal lagi yang aku tak boleh nak lupa . Satu hari tuh, Alisya ni datang laa rumah aku dengan Mummy dan Opah nya . Aku masa tuh balik lambat,  ada hal . Aku sampai je rumah, dia datang tanya aku, "Pak Long pegi mana?? Alisya tunggu Pak Long" . Cewah~ Aku cakap aku keluar jap . Lepas tuh dia ajak aku main masak2 dengan dia, dia buat cake lah, mandikan aku lah . For your info, kalau dia main buat cake, dia akan suap aku then tanya "Sedap tak??" Kalau aku cakap tak sedap, dia akan buat yang baru . Hoho . Kalay bab main mandi2 pulak, dia akan buat gaya sabun badan aku, syampukan rambut aku . Stylee~ Guwa layankan je, apa ada hal ye dak?? Lepas tuh . Okay . Kejap . Ini dah masuk part sadis sikit . Aku nak cerita pun tak sanggup sebenarnya, 2-3 kali pikir jugak lah . Haih . (Padahal~)

.
.
.
.
.
.
.

Tengah seronok2 main cak2 dengan aku, cukup 3 kali dia main cak2 dia lari menghala ke ruang tamu rumah aku . Suddenly, "GEDEBUK!!" . Kaw2 kuat bunyi dia, sumpah tak tipu . Aku kat hall depan pun dengar . Rupa - rupanya dia terlanggar sisi meja kat depan tv tuh . Sisi meja tuh memang tinggi baya2 dia je . Apa lagi, meraung tak ingat dunia laa budak kecik ni  . Dah nampak merah dah kat dahi dia tuh . Nasib baik aku dengan Mak aku cepat ambik ais dalam peti ais ; dan nasib baik ais ada time tuh . Bagi Mummy dia tuam kat kepala dia cepat2, takut nanti naik benjol pulak . 

Yang tak tahan nya lepas tuh,  dalam Mummy dia tengah dok tuam kepala dia tuh, dia rilek je cakap kat Mummy dia, "Mummy, kuat laa sikit" . Wahaha!! Dia suruh Mummy dia tekan kuat sikit kat kepala dia . Mengekek ngekek laa aku dengan Mummy dia gelak . Haha . Kerenah budak cerdik . Pandai ambik hati orang . 

Ayat si Alisya ni yang paling menyentuh kalbu :-

Mummy : "Cha sayang mummy tak??"

Cha : "Sayang"

Mummy : "Sayang kat mana??"

Cha : "Sayang kat sini (sambil tunjuk pipi) dengan dekat HATI~"


In conclusion, Pak Long pun sayang kat Alisya jugak~

Pengarang Jantung Hati semua orang Alisya ni..
=)



F a R i D (Bila nak ada signature ni?? =.=")

Lisa Surihani~

Haiyaa . Semalam aku tengok video log kat facebook kepunyaan cik Lisa kita ni . Adoi, sumpah comel weh . Nak je buat histeria macam fan perempuan tengok artis lelaki yang SEGAK2 di luar sana tu . Something yang macam ni "Lisa Surihani!! Lisa Surihani!!" *gedebuk~ (jatuh pengsan) . Haha . In your dreams okay Farid . 



Haa, ni aku post kan video yang aku tengok semalam tuh . Selamat menonton~


F a R i D

Wednesday, February 9, 2011

Tanah Tumpahnya Darahku~

Okay, tengok tajuk pun dah boleh agak kan apa yang aku nak cerita . Apa, tak tau?? Meh sini cek nak habaq mai . Tadi pukul 8.45, ada friendly match antara Malaysia menentang Hong Kong  yang berlangsung di Stadium Shah Alam . Alhamdulillah, Malaysia menang . Nice game kata orang kita . Ekeke . Overall,  Malaysia bermain dengan baik sekali . Control game, passing pun firm dan dapat 2 bijik gol . Mistake pun dah kurang . Standard laa buat mistake, world class player pun ada buat mistake . Okay apa . Dah kurang laa aku tengok passing long ball yang merapu meraban macam dulu . Gol2 Malaysia dijaringkan oleh CAPTAIN MARVEL ; Safiq Rahim dan pemain gantian Amirulhadi . Amboi, aku buat ulasan macam aku terer sangat je kan . Haha . Eh, guwa punya suka laa kan . Tahniah le weh mengkeme2 yang dah berjuang untuk pasukan Malaysia tadi . 




Tanah Tumpahnya Darahku!!




F a R i D

Kata - kata Aluan Dari Meja Pengarang~

Assalamualaikum W.B.T ,


Alhamdulillah, dengan limpah dan inayah-Nya, dapat saya menghasilkan sebuah blog yang AGAK menarik untuk santapan rohani para pembaca semua . Dalam hidup yang penuh pancaroba ini, luahan hati melalui penulisan blog seolah olah sudah menjadi "trend" bagi remaja muda mudi masa kini . Saya juga tidak terkecuali dari terkena penangan menulis blog ini . (Apesal skema gila ni??)


Okay2 . Haha . Last2, aku buat jugak blog . Dulu2 dah pernah terfikir, tapi aku rasa macam malas sangat nak buat . Tak tau kenapa . Dulu aku rajin usha2 blog orang, aku suka baca celoteh2 diorang . Skang ni haa, korang pulak dah boleh baca celoteh aku . Jangan sampai tak lalu nak baca dah la . Ehe . Jadi, anda2 semua di luar sana, sokong lah saya ye . Yeah!! 




p/s : kalau nak request cerita untuk aku buat entri pun boleh . Haha . Macam laa ade kan~
=.="




F a R i D (Aku tak boleh nak buat signature lagi . Asyik tak jadi je . Nak nangis boleh??)

Terkejut , Terkedu , Terperanjat~

OMG (Oh! Menarik Gila~) ---> Anem , pinjam kau punya tagline~


Guwa dah ada blog . Haha . Sungguh tak disangka sangka . Sebelum2 ni , bukan guwa taknak buat blog  , tapi , rasa macam renyah gila . Nak pilih2 layout laa , itu laa , ini laa . Tapi , last2 siap jugak blog yang tak seberapa ni . Takpe laa , pelan2 laa kan . Takkan laa mula2 dah terus jadi terror . Macam baby laa guwa ambik contoh . Mula2 dia bertatih , lepas2 tu merangkak sikit , lepas tu dah eksyen sikit boleh berjalan pulak . Lama2 dah boleh berlari  lari . Sampai jenuh Mak Ayah dia nak kejar dia . Ekeke . Sebelum guwa dapat buat blog ni , jenuh guwa pegi usha2 blog orang . Nak buat rujukan , ambik inspirasi laa konon2 . Haha . Nak guwa letak link blog diorang ke ?? Tak payah laa , nanti diorang malu . Ahaha . Okay2 , serius balik . Asyik main2 je . Patut orang asyik marah guwa . Heh . So what?? Guwa punya suka lah kan , ini lah guwa . "Be yourself , don't hypocrite" . Cewah~ Kemain berfalsafah  . . Orait , for now , ini je dulu . Saja cuba try test . Testing market kata orang putih . 


Apa ada hal ?? Ye dak~


Peace Yo!!




F a R i D (Actually , aku nak buat macam signature . Macam mana ek??  :p)