Monday, February 28, 2011

Temu Ramah Mesra~

السلام عليكم


Well, hello there World (cewah, buat gaya Anwar Hadi lah pulak~ :p)


Pada tarikh 23 Februari 2011, hari Rabu; bertempat di Bank Muamalat Ipoh, Aku telah menghadiri satu sesi interview. Haha. First experience aku kot~


Mak ai, duduk sebatu jauhnya~ :D


Sebelum tu, hari Isnin malam tu, ada orang call aku (apa malam malam buta call panggil datang interview~). Dia bagi briefing serba sikit pasal position yang aku apply tu. Dia jugak ada bagi tips tips apa yang bakal si tukang interview tu tanya aku nanti. "Nanti, you datang Bank Muamalat Ipoh, you cari orang nama Tuan Haji Zakaria. Dia yang akan interview you". Haa , ambik hang. Tuan Haji yang interview aku. Then, orang yang call aku tu pesan lagi, "Nanti you prepare lah sikit sikit pasal Fardhu Ain, tugas tugas job you tu ye. Oh ye, kalau you rajin, you buat research sikit pasal Bank Muamalat ye". Ah sudah, ni nak pegi kelas Fardhu Ain ke, nak interview ni?? Tapi, guwa layankan je. Malam esoknya tu, aku mula laa refresh balik asas asas Fardhu Ain aku. Haha. Yelaa, benda bukan kita tak tahu, cuma nak kena ingat balik sikit sikit.

Interview tu akan berlangsung pada pukul 11 pagi. So, aku pun prepare lah apa yang patut supaya bila nak gerak pegi, aku takde laa rushing sangat. Pagi Rabu; lepas Subuh, guwa mandi baik baik punya, taruk minyak rambut, sikat rambut kemas kemas, pakai perfume faveret segala bagai, guwa pun melangkah keluar dari rumah. Cop~ Sebelum tu, ada kejadian yang aku rasa tak patut ada pagi tu. Ahaha. Malam sebelumnya, aku dah letak siap siap baju dengan seluar aku kat meja iron. Senang Mak aku nak iron kan sekali. (punyalaa pemalas~) Tapi lepas tu, mak aku cakap kat aku kat seluar aku macam ada something yang kotor, macam basuh tak bersih. Aku check balik. Haiyaa!! How come boleh ada benda alah macam tu. Dia macam putih putih sebab sabun. Lebih kurang macam tu laa. Pelik aku, padahal aku basuh haritu elok je. Mak aku pun dah lambat nak pergi kerja, so aku ambik seluar tuh aku letak air kat area area G spot dia. Cewah. Haha. Jenuh laa jugak, ada yang hilang, ada yang tak. Yang tak hilang tuh, aku letak air then aku tonyoh dengan berus. Nasib baik hilang. Aku pun ambik seluar, seterika balik bagi cun then pegi mandi. Ahaa~

Bila dah siap hensem hensem ni, (hensem ke??) aku pun bagitau bapak aku nak gerak dah, then aku text membe aku; Hanip Si Burung Hantu. Haha. "Weh, hang dah siap belum?? aku dah otw pi umah hang", lebih kurang macam tu laa ayat dia. Sampai kat rumah dia, aku baru teringat yang tie aku tertinggal kat rumah. Haiyaa~ Nasib baik si Hanip ni ada tie yang STYLEE~ hehe. kitorang pun gerak dari taiping around pukul 9 ++ . Sementara nak sampai ipoh, kami sempat singgah RnR Sungai Perak dulu; lepak dulu bro, minum minum, isi perut sikit. Ye dak?? Haha. Time ni orang tak ramai kat RnR; part ni yang best. Aku dengan Hanip datang kat cafe dia, semua orang kat situ usha satu macam kat kitorang; macam tak pernah jumpa orang je gayanya. Mana tak nya, dress up kami dua dah macam gaya gaya CEO paling berjaya kat Malaysia. Wehuu~ (perasan sudah~) After dah setel breakfast semua, kami sambung perjalanan kami ke Ipoh. Haha. Macam jauh je bunyi nya. Kami sampai kat bangunan Bank Muamalat dalam pukul 10 ++ . Dah cari port parking baik punya, aku pakai tie, betul betul kan sikit apa yang patut then aku dengan Hanip pun pegi laa masuk Bank Muamalat nya. Masuk masuk je, terus aku tuju kat Pak Guard yang budiman kat tepi sudut tu. (sudut mana entah~) 


*******************


Aku : "Assalamualaikum Pakcik."

Pak Guard yang Budiman : "Waalaikumussalam. Ya??"

Aku : "Tumpang tanya, saya nak jumpa dengan Tuan Haji Zakaria."

Pak Guard yang Budiman : "Oh, nak interview ye?? Awak naik tangga depan sana, lepas tu pegi kanan sekali ada pintu ofis. Dari situ, akan ada orang yang handle awak."

Aku : "Oh, terima kasih ye pakcik."



Lepas aku dah sembang lebih kurang dengan Pak Guard yang Budiman tu, aku naik atas then jumpa laa pintu department ofis Bank Muamalat nya. Aku ambik barang barang keperluan yang patut dari beg aku, then aku mintak tolong Hanip jaga beg aku tu. Masuk je dalam ofis, dia suruh aku masuk dalam satu bilik kecik; something yang pada aku ala ala bilik meeting diorang. Department dia pun kecik je. Hee~ Bila aku masuk ada sorang mamat ni, dia pun tengah nak tunggu kena interview. Mula mula aku masuk dia macam terkejut, dia ingat aku laa BOS yang interview dia tu. Ekeke. Tengok, dia pun usha aku ada gaya gaya BOS BESAR(okay Farid, stop merepek ye~) Tak lama lepas aku dah sembang 2-3 das dengan budak tu, assistant bos datang. Dia bagi aku 4 helai kertas. Kome tau ape benda nye?? Ahaa~ 

1. Kertas soalan berkaitan Fardhu Ain. (1 Helai)

2. Kertas untuk diisi tentang personal details. (3 Helai)

Ambik hang, berpeluh peluh aku jawap soalan fardhu ain tu. Habis keluar peluh jantan aku. (memang laa, tak kan betina pulak, adoyai~) Nasib baik laa aku ada revise balik bab bab fardhu ain ni. Yela, bukan tak tahu, tapi sebab dah lupa. Biasalaa, aku bab benda benda lagho cepat jela aku ingat. Ekeke. Then, bila dah setel bab jawap soalan cepucemas tu, dia panggil buat test komputer pulak. Yang ini, tak laa susah sangat. Tapi bila dia dah bagi estimated time dia, menggelabah jugak laa aku. Dan dan laa tangan mula berpeluh jugak time ni. Haha. At last, siap pun. Sementara dah siap tu, aku tunggu je laa turn aku. Rilek rilek di shopping kompleks. Eh silap. Lepak kat meja yang disediakan je pun. Masa tu, kat meja aku lepak tu, kebetulan ada client datang. Dia ada something yang dia musykil pasal bank statement dia; berkenaan personal loan yang dia buat untuk beli rumah. Kemain dia speaking time dia explain apa yang dia tak paham pasal statement tu. Sampai akak yang handle dia tuh, speechless terus. Terus kene mintak bantuan Assistant Boss dia. Kesian akak tu kene tepet free je. Haih~ Brader tu pun satu, jangan laa show off sangat. Kita sesama melayu kot.. =.="

Haa, akhirnya, masa yang ditunggu tunggu telah pun tiba. Turn aku pulak kena interview. Guwa buat muka paling rilek abad ini, melangkah dengan penuh bergaya menuju ke bilik kecik tu untuk di interview. Masuk masuk, bagi salam. Tuan Haji tu pun suruh duduk. First benda dia buat, dia belek belek kertas jawapan aku, dengan personal details aku. After dia tick kertas jawapan aku, dia pun mula bersuara.

Tuan Haji : "Baca fatihah boleh?? Sekali tajwid." (Ah sudah, ini interview keja bank ke interview Imam Muda ni?? =.=")

Aku : "InsyaAllah boleh." (Aku pun start baca dengan tune yang paling power aku ada~)

Tuan Haji : "Banyak kena perbetui lagi tu. Semayang dak?? Baca Quran dak??" (Tu dia soalan, habih kemaih dia bagi aku~)

Aku : "Semayang, Quran tu dah jarang baca." (Yeah, my mistake~)

Tuan Haji : "Laa, pasaipa dah jarang?? Kuliah agama pi dak??" (Haiyaa, aku kalah soalan soalan macam ni~)

Aku : "(Senyum kelat sikit~) Entah laa, salah diri sendiri. Semua tu datang dari diri sendiri. Tak pun, jarang jugak." (Tak kan guwa nak tipu pulak kan~)


*******************

Haa, tu baru mukadimah dia. Lepas dah tepet aku dengan soalan soalan yang agak membunuh, dia pun tanya serba sedikit pasal latar belakang aku, family aku bla bla bla. Nasib baik laa boleh melawak lagi dengan Tuan Haji tu time interview. So, takdelaa aku nervous sangat. Hihi. At the end dia cakap, nanti kalau terpilih, akan ada orang call aku untuk diserap masuk bekerja di Bank Muamalat Ipoh. Harap harap nya, dapat lah ye. Boleh aku selalu turun Stadium Ipoh tengok bola. Ahaha. (tengok, belum apa apa nawaitu tu dah terpesong~)

Semoga Tuan Haji pilih lah saya ye!! Amin~

Lepas sesi interview tu, aku dengan Hanip sempat jalan jalan cuci mata kat Al-Ikhsan Ipoh Parade. Tiba tiba aku ada terjumpa patung yang siap bergaya dengan jersi Liverpool. Macam ni haa~


Sepak pun tak kena, patut laa Standard Kampung je. Eh silap, Standard Chartered~
(Jangan marah haa fans Liverpool~)



F a R i D

No comments:

Post a Comment