Sunday, April 24, 2011

Al - Kisah (Bahagian 2) ~

السلام عليكم


Ini merupakan kisah sambungan tentang arwah Adik. Rujuk entri ni kot kot kome lupa. Al - Kisah (Tayyib) ~.


Lepas je aku dengan Ayah settlekan urusan jenazah kat Bilik Mayat, Van Jenazah pun bergerak ke perkarangan rumah aku. Sepanjang jalan on the way nak balik rumah, aku tak henti henti nangis. Haiyoo~ Guwa bab bab macam ni guwa memang kalah laa kan. Then, aku sampai rumah, duduk kat kerusi depan TV sorang sorang. Nangis dan terus nangis mengenangkan Adik. Makin ramai sedara mara sampai, makin sebak laa aku. Paling tak boleh blah, bila Along (sepupu aku yang paling rapat dari kecik sampai laa dah besor panjang ni) sampai je, aku terus peluk dia. Menangis kaw kaw punya. Siap tersedu sedu weh. Macam budak sentap tak dapat barang mainan (pergh~). Jenazah arwah Adik diletakkan atas katil kat tengah tengah hall rumah aku. Orang silih ganti ziarah arwah Adik, membe membe aku yang mana ada kat Taiping pun datang ziarah. Aku baca Yassin, habis je baca, nangis balik. Adoi laa~


Besok pagi nya, after Subuh tak tido dah. Prepare nak mandikan jenazah Adik pulak. Mak aku cakap mintak aku join mandikan arwah Adik. Then, aku cakap aku tak sanggup. Tengok muka arwah Adik pun aku tak sanggup. Kompom aku nangis punya. Last last mak aku pujuk, cakap kat aku ini laa benda last aku buat untuk Adik. So aku pun dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai Abang, mandikan dia dengan penuh rasa pilu. Dari mula aku jirus air kat jenazah Adik, aku dah start menangis. Sampai pakcik yang tolong mandikan jenazah Adik tu tegur, "jangan bagi kena air mata kat jenazah dik". Mana nak membuatnya pakcik, guwa sedih tengok arwah Adik guwa. Huu~ Selesai mandikan jenazah Adik, kami ramai ramai usung arwah Adik masuk dalam untuk dikapan kan. Settle je semua, aku cium dahi Adik untuk yang terakhir kali nya. Hui, pilu gila rasanya weh. Serius~


Jenazah Adik selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jambu, Taiping, Perak. 28 November 2007 tu laa tarikh last aku dapat tengok muka arwah Adik sebelum dikebumikan. Sekarang semua tu dah tinggal kenangan je. Dah takde dah sesi gurau senda sebelum tidor, takde dah sesi lawan PlayStation pakai team yang sama; dan tak pernah jemu jemu repeat balik dengan aku, takde dah tengok match Manchester United kat TV sama sama, takde dah tengok team Perak main kat Stadium Ipoh 3 beranak (Aku, Ayah aku, Adik~), takde dah aku bawak arwah Adik pegi friendly bola time cuti semester dan takde jugak orang nak teman aku stay up tidor lambat. 


Dalam banyak banyak perkara tu, aku ada certain things yang sampai sekarang aku menyesal tak sudah bila kenangkan arwah Adik. Kalau aku pegi lepak minum ke, pegi mandi ayor terjun ke, pegi main tujah bola syaiton ke (err, i means snooker~) dan berbagai bagai aktiviti lagi yang sewaktu dengannya, aku mesti tak kan bawak dia even dia nak ikut. Alasan aku paling kukuh pada masa tu, "Nanti Adik dah besor nanti, Abang bawak laa". At the end, dia dah pergi selama lamanya. Puas hati hang Farid?? =.="


Sekarang, kalau dia masih bernafas di muka bumi ciptaan Tuhan ni, umurnya dah menginjak 17 tahun . Dan confirm2 beliau lagi hensem + jambu dari aku. Ekeke. Mungkin jugak lagi tinggi dari aku. Betul weh, dia dulu masa form 1 pun dah nak dekat tinggi aku. Tapi keding gila. Ekeke. Aku rasa punca dia tinggi sebab itu jam dia suka makan CalciYum. Tapi, aku pun makan jugak benda alah tu. Tak mau tinggi tinggi jugak. Muahaha!! 


Fakta fakta tambahan untuk kome :-


1. Sejak Adik takde, asal raya je, kitorang dah takde beli baju ikut tema dah. Aku sampai raya tahun lepas, dah tak pernah beli baju Melayu yang baru even sepasang. Pakai mana yang ada je. Lepas tu, kalau sebelum sebelum ni raya 1st after semayang sunat Aidilfitri, mesti pegi beraya punya. Tapi tidak lagi menjadi tradisi sejak Adik takde. Baru tahun lepas nak start balik sebab Mak aku dah okay, dah jadi kuat balik. =)


2. Mak aku ambik masa almost 3 tahun untuk recover dan jadi kuat selepas kehilangan arwah adik. Tak silap aku lepas dia balik Haji, baru dia jadi betul betul kuat. Alhamdulillah~


3. Kubur Adik sangat cantik, i means dipenuhi pokok pokok bunga yang sentiasa berselawat. Batu kat kubur Adik pun letak batu sungai, sebab batu sungai ni kan kategori batu hidup. =)


4. Aku tak pernah mimpi jumpa Adik sejak dari Adik meninggal. =.="


5. Kalau kalau aku rindu Adik, aku belek belek balik semua benda yang ada kaitan dengan dia. Dia pernah lukis aku as a football player. Gila lah!!


Haa, Ni dia gambo dia lukis tu~


Tak silap ni masa dia darjah 6~

Kesimpulan nya, saya rindu Adik. Sekian, terima kasih.

F a R i D

5 comments:

  1. wahh..sedih. aku msti x dapat terime kalau kehilangan org yg aku syg, huih

    ReplyDelete
  2. mula mula memang susah weh..
    lama laa nak stabil balik..
    ambik contoh mak aku jelaa..
    haih..
    =.="

    ReplyDelete
  3. farid, aku baru tahu. sorry for your loss. ko abg yg baik.

    ReplyDelete
  4. farid, even lmbt pon, takziah ye.. aku x dpt bayang kan aku ilang org yg aku syg.

    ReplyDelete
  5. fared,ak da bace da entri nie dulu,nanges....arini bace, nanges....huhu..sedih...xley bayang kalo ak kat tempat ko...huhu..
    takziah...
    ~al-fatihah.....

    ReplyDelete