Wednesday, August 17, 2011

Sebelum & Sesudah~

السلام عليكم

Pui!! Lama chor aku tak update blog ni. Uhuk!! Uhuk!! Sawang + habuk semua ada haa. Maklum laa, dah lama tak bertandang. Eceh, bunyi macam rumah pulak kan. Mungkin, MUNGKIN lepas ni aku nak jadi rajin balik mengarut dekat blog ni. Habih, apa function buat blog tapi tak update whatsoever. Haha. Setelah hampir 4 bulan tak mengarut, aku nak start mengarut balik di pagi Hari Nuzul Quran yang mulia ini. Yess!!

Aku nak cuba refresh + ketengahkan isu isu yang timbul Sebelum & Sesudah aku buat blog. Konon-konon post mortem laa ni. Pigidah!! Haha. Baik, boleh kita mulakan?? *sambil buat lagak gaya seorang tenaga pengajar* :D


SEBELUM :-
  • Terpengaruh dengan blog member member. Asyik baca coretan rasa hati deme je. Habih, aku ni takde rasa hati laa?? Haha.
  • Mula-mula tu hati terdetik jugak, "Betoi ke ni nak buat?? Reti ke nak buat satu bentuk penulisan yang orang suka baca??"
  • Boring. Sebab baru habih belajor. Masa banyak terbuang begitu sahaja. Tak pergi main bola, main futsal. Tak pun mengeteh berjam-jam, mengalahkan orang tua. Haha. Lepas tu hadap Muka Buku sampai pagi buta. Pui, memang buang masa sungguh.
        *Err, cukup dulu kot. Tak reti aku nak bermadah panjang-panjang. Hihi.



SESUDAH @ PENYUDAHNYA :-
  • Bila dah masuk fasa berkerjaya, susah nak bahagikan masa dengan baik. Nak lepak mengeteh lagi, nak main futsal lagi, nak main bola lagi, nak pergi office lagi. Semua nak pulun. Haha.
  • Hakikatnya kan, aku banyak mengadap Muka Buku je kalau on internet. Konon konon nak update blog bagai, penyudahnya sampai tidor lambat sebab Muka Buku. Dah koje pun buat perangai macam student lagi. Nasib baik pergi koje tak lambat. Arghh!!
  • Coretan rasa hati aku lagi teruk dari coretan rasa hati member-member lain. =.="

KESIMPULANNYA :-
  • Lepas ni, maybe aku nak CUBA kurangkan main Muka Buku dan banyak kan update blog. Okay, ini serius. Guwa tak main-main. Seronok sebenornya bila dapat merapu kat blog ni. Tapi, bila guwa terpandang tab Muka Buku notifications lebih je dari 1, cepat-cepat tinggalkan blog dan terus reply comment. Haha!!
  • Nak ubah cara hidup tidor lambat , jadikan tidor awei satu amalan. Bukan elok pun tidor lambat lambat ni, ye dak?? Kena pulak skang bulan Ramadhan, nak bangkit sahur lagi. Ehe.
  • Haa, tengok. Skang ni pun, notifications Muka Buku guwa dah lebih dari 1. Tangan tu dah tak dan-dan nak tukor tab Muka Buku. Behave ye Mohamad Farid Hilmi. XD

Rasanya setakat ni dulu kot. Maybe lepas lepas ni, aku nak cerita perihal kawan-kawan aku sikit ke. Macam nice. Okay, Happy Fasting guys!! Bagi rakyat marhaen di sekitar kawasan negeri Perak Darul Ridzuan dan negeri negeri lain yang mengambil cuti Nuzul Quran, selamat bercuti!! 






F a R i D

3 comments:

  1. Salam..

    Hah.. bagus2, berubah kepada yang lebih baik.. :)
    InsyaAllah ..

    ReplyDelete
  2. hahahaha..perangai budak HND..nk wt cmn kn ;p

    ReplyDelete
  3. tu ngah ngadap muke buku la tu. macam aku xtau. update2 farid.. mane2. haha

    ReplyDelete