السلام عليكم
Selamat Tahun Baru Masihi 2012! Err, relevan lagi ke nak ucap macam ni dekat rakyat jelata Beta? Haha. By the way, rupanya Blog Aku dah menjangkau umur setahun weh! Selamat Hari Lahir yang pertama wahai Blog! Tahniah untuk diri sendiri. :)
Tahun baru, cabaran baru, kerja pun baru. Yang lama cuma rupa diri sendiri je. Siap ada pertambahan uban yang sangat ketara kot. Ahaha. :D
Aku sebenornya ada baaaanyak benda nak share kat sini. Tapi nya, tapi nya aku tak tau bila yang aku ada masa nak draft kan cerita baru. *Budget busy benor. :p
Maybe esok lusa kot. Sebab kat office baru ni, ada baaaanyak masa terluang buat masa ni. Daripada melangut sorang sorang, baik aku buat kerja bidaah ni. Ye dak. Haha. Sebab aku panggil ni kerja bidaah, paseinya aku telah menggunakan masa kerja untuk draft cerita kat blog. Mana boleh Boh! Nanti Bos marah. Tapi Bos takde, takpe kot. :D
Umur dah menginjak ke angka 24 bagi tahun 2012 ni. Haih, cepat gila masa berjalan. Err, berjalan? Ini bukan berjalan dah, ni berlari. Laju kot! Rasanya macam baru je lagi aku habih belajor kat Kolej Profesional Mara Beranang tu. Majlis Konvokesyen pun rasa macam baru je lagi selesai. Tup tup, dah masuk tahun baru. *Nah, aku siap bagi peta lagi kalau mengkeme tak tahu kat mana letaknya KPMB tu. :D
Aku nak mula mencarut balik lah kat blog ni. Aku jadi semangat balik pasei aku nengok si Zack Zukhairi pun dah start berBlogging balik. Mana boleh aku kalah dengan dia. Haha!
Till then, Ciao!
=)
Tuesday, February 28, 2012
Wednesday, August 17, 2011
Sebelum & Sesudah~
السلام عليكم
Pui!! Lama chor aku tak update blog ni. Uhuk!! Uhuk!! Sawang + habuk semua ada haa. Maklum laa, dah lama tak bertandang. Eceh, bunyi macam rumah pulak kan. Mungkin, MUNGKIN lepas ni aku nak jadi rajin balik mengarut dekat blog ni. Habih, apa function buat blog tapi tak update whatsoever. Haha. Setelah hampir 4 bulan tak mengarut, aku nak start mengarut balik di pagi Hari Nuzul Quran yang mulia ini. Yess!!
Aku nak cuba refresh + ketengahkan isu isu yang timbul Sebelum & Sesudah aku buat blog. Konon-konon post mortem laa ni. Pigidah!! Haha. Baik, boleh kita mulakan?? *sambil buat lagak gaya seorang tenaga pengajar* :D
SEBELUM :-
SESUDAH @ PENYUDAHNYA :-
KESIMPULANNYA :-
Rasanya setakat ni dulu kot. Maybe lepas lepas ni, aku nak cerita perihal kawan-kawan aku sikit ke. Macam nice. Okay, Happy Fasting guys!! Bagi rakyat marhaen di sekitar kawasan negeri Perak Darul Ridzuan dan negeri negeri lain yang mengambil cuti Nuzul Quran, selamat bercuti!!
F a R i D

- Terpengaruh dengan blog member member. Asyik baca coretan rasa hati deme je. Habih, aku ni takde rasa hati laa?? Haha.
- Mula-mula tu hati terdetik jugak, "Betoi ke ni nak buat?? Reti ke nak buat satu bentuk penulisan yang orang suka baca??"
- Boring. Sebab baru habih belajor. Masa banyak terbuang begitu sahaja. Tak pergi main bola, main futsal. Tak pun mengeteh berjam-jam, mengalahkan orang tua. Haha. Lepas tu hadap Muka Buku sampai pagi buta. Pui, memang buang masa sungguh.
SESUDAH @ PENYUDAHNYA :-
- Bila dah masuk fasa berkerjaya, susah nak bahagikan masa dengan baik. Nak lepak mengeteh lagi, nak main futsal lagi, nak main bola lagi, nak pergi office lagi. Semua nak pulun. Haha.
- Hakikatnya kan, aku banyak mengadap Muka Buku je kalau on internet. Konon konon nak update blog bagai, penyudahnya sampai tidor lambat sebab Muka Buku. Dah koje pun buat perangai macam student lagi. Nasib baik pergi koje tak lambat. Arghh!!
- Coretan rasa hati aku lagi teruk dari coretan rasa hati member-member lain. =.="
KESIMPULANNYA :-
- Lepas ni, maybe aku nak CUBA kurangkan main Muka Buku dan banyak kan update blog. Okay, ini serius. Guwa tak main-main. Seronok sebenornya bila dapat merapu kat blog ni. Tapi, bila guwa terpandang tab Muka Buku notifications lebih je dari 1, cepat-cepat tinggalkan blog dan terus reply comment. Haha!!
- Nak ubah cara hidup tidor lambat , jadikan tidor awei satu amalan. Bukan elok pun tidor lambat lambat ni, ye dak?? Kena pulak skang bulan Ramadhan, nak bangkit sahur lagi. Ehe.
- Haa, tengok. Skang ni pun, notifications Muka Buku guwa dah lebih dari 1. Tangan tu dah tak dan-dan nak tukor tab Muka Buku. Behave ye Mohamad Farid Hilmi. XD
Rasanya setakat ni dulu kot. Maybe lepas lepas ni, aku nak cerita perihal kawan-kawan aku sikit ke. Macam nice. Okay, Happy Fasting guys!! Bagi rakyat marhaen di sekitar kawasan negeri Perak Darul Ridzuan dan negeri negeri lain yang mengambil cuti Nuzul Quran, selamat bercuti!!
F a R i D
Sunday, April 24, 2011
Al - Kisah (Bahagian 2) ~
السلام عليكم
Ini merupakan kisah sambungan tentang arwah Adik. Rujuk entri ni kot kot kome lupa. Al - Kisah (Tayyib) ~.
Lepas je aku dengan Ayah settlekan urusan jenazah kat Bilik Mayat, Van Jenazah pun bergerak ke perkarangan rumah aku. Sepanjang jalan on the way nak balik rumah, aku tak henti henti nangis. Haiyoo~ Guwa bab bab macam ni guwa memang kalah laa kan. Then, aku sampai rumah, duduk kat kerusi depan TV sorang sorang. Nangis dan terus nangis mengenangkan Adik. Makin ramai sedara mara sampai, makin sebak laa aku. Paling tak boleh blah, bila Along (sepupu aku yang paling rapat dari kecik sampai laa dah besor panjang ni) sampai je, aku terus peluk dia. Menangis kaw kaw punya. Siap tersedu sedu weh. Macam budak sentap tak dapat barang mainan (pergh~). Jenazah arwah Adik diletakkan atas katil kat tengah tengah hall rumah aku. Orang silih ganti ziarah arwah Adik, membe membe aku yang mana ada kat Taiping pun datang ziarah. Aku baca Yassin, habis je baca, nangis balik. Adoi laa~
Besok pagi nya, after Subuh tak tido dah. Prepare nak mandikan jenazah Adik pulak. Mak aku cakap mintak aku join mandikan arwah Adik. Then, aku cakap aku tak sanggup. Tengok muka arwah Adik pun aku tak sanggup. Kompom aku nangis punya. Last last mak aku pujuk, cakap kat aku ini laa benda last aku buat untuk Adik. So aku pun dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai Abang, mandikan dia dengan penuh rasa pilu. Dari mula aku jirus air kat jenazah Adik, aku dah start menangis. Sampai pakcik yang tolong mandikan jenazah Adik tu tegur, "jangan bagi kena air mata kat jenazah dik". Mana nak membuatnya pakcik, guwa sedih tengok arwah Adik guwa. Huu~ Selesai mandikan jenazah Adik, kami ramai ramai usung arwah Adik masuk dalam untuk dikapan kan. Settle je semua, aku cium dahi Adik untuk yang terakhir kali nya. Hui, pilu gila rasanya weh. Serius~
Jenazah Adik selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jambu, Taiping, Perak. 28 November 2007 tu laa tarikh last aku dapat tengok muka arwah Adik sebelum dikebumikan. Sekarang semua tu dah tinggal kenangan je. Dah takde dah sesi gurau senda sebelum tidor, takde dah sesi lawan PlayStation pakai team yang sama; dan tak pernah jemu jemu repeat balik dengan aku, takde dah tengok match Manchester United kat TV sama sama, takde dah tengok team Perak main kat Stadium Ipoh 3 beranak (Aku, Ayah aku, Adik~), takde dah aku bawak arwah Adik pegi friendly bola time cuti semester dan takde jugak orang nak teman aku stay up tidor lambat.
Dalam banyak banyak perkara tu, aku ada certain things yang sampai sekarang aku menyesal tak sudah bila kenangkan arwah Adik. Kalau aku pegi lepak minum ke, pegi mandi ayor terjun ke, pegi main tujah bola syaiton ke (err, i means snooker~) dan berbagai bagai aktiviti lagi yang sewaktu dengannya, aku mesti tak kan bawak dia even dia nak ikut. Alasan aku paling kukuh pada masa tu, "Nanti Adik dah besor nanti, Abang bawak laa". At the end, dia dah pergi selama lamanya. Puas hati hang Farid?? =.="
Sekarang, kalau dia masih bernafas di muka bumi ciptaan Tuhan ni, umurnya dah menginjak 17 tahun . Dan confirm2 beliau lagi hensem + jambu dari aku. Ekeke. Mungkin jugak lagi tinggi dari aku. Betul weh, dia dulu masa form 1 pun dah nak dekat tinggi aku. Tapi keding gila. Ekeke. Aku rasa punca dia tinggi sebab itu jam dia suka makan CalciYum. Tapi, aku pun makan jugak benda alah tu. Tak mau tinggi tinggi jugak. Muahaha!!
Fakta fakta tambahan untuk kome :-
1. Sejak Adik takde, asal raya je, kitorang dah takde beli baju ikut tema dah. Aku sampai raya tahun lepas, dah tak pernah beli baju Melayu yang baru even sepasang. Pakai mana yang ada je. Lepas tu, kalau sebelum sebelum ni raya 1st after semayang sunat Aidilfitri, mesti pegi beraya punya. Tapi tidak lagi menjadi tradisi sejak Adik takde. Baru tahun lepas nak start balik sebab Mak aku dah okay, dah jadi kuat balik. =)
2. Mak aku ambik masa almost 3 tahun untuk recover dan jadi kuat selepas kehilangan arwah adik. Tak silap aku lepas dia balik Haji, baru dia jadi betul betul kuat. Alhamdulillah~
3. Kubur Adik sangat cantik, i means dipenuhi pokok pokok bunga yang sentiasa berselawat. Batu kat kubur Adik pun letak batu sungai, sebab batu sungai ni kan kategori batu hidup. =)
4. Aku tak pernah mimpi jumpa Adik sejak dari Adik meninggal. =.="
5. Kalau kalau aku rindu Adik, aku belek belek balik semua benda yang ada kaitan dengan dia. Dia pernah lukis aku as a football player. Gila lah!!

Haa, Ni dia gambo dia lukis tu~
Tak silap ni masa dia darjah 6~
Kesimpulan nya, saya rindu Adik. Sekian, terima kasih.
F a R i D
Monday, March 21, 2011
Akhirnya~
السلام عليكم
Mak ai!!
Lama siot guwa tak update blog ni..
dah bersawang dah haa aku tengok (ayat ayat tipikal bila mana blog dah lama tak update~)
:p
Ini kira okay laa dapat online..
sebab nya.. ada makhluk mana entah pasang WiFi..
Tapi, tapi..
tak bubuh password..
Terima Kasih guwa ucapkan..
ekeke..
dapat laa guwa kecapi nikmat berOnline ni sementara WiFi dia tengah terpasang..
kan, kan..
Since aku duduk ipoh ni, aku dah jarang online..
sebab nya, akses internet takde kat rumah makcik aku ni..
yang ada ni pun ihsan orang..
kot kot esok lusa dia pasang password, melopong laa aku..
:D
Wahai, Encik/Cik/Tuan/Puan/Dato'/Datin..
sementara aku duduk Ipoh ni..
tak payah laa pasang password ye..
boleh laa selalu aku online free..
Terima Kasih Daun Keladi..
:p
Alhamdulillah, dah nak masuk 2 minggu dah aku koje kat Bank Muamalat Cawangan Ipoh ni..
so far, okay laa kat sini..
office mate pun sempoi je..
makan tengahari lauk nya pun murah..
mana tak nya..
kome bayangkan..
aku ambik nasi + telur dadar + ubi kentang goreng + sayur taugeh + air suam = RM2.50!!
mana nak dapat weh harga macam ni kat tempat lain..
:D
Aku pun dah jumpa partner partner untuk main bola di kala waktu petang atau futsal di waktu malam..
I loike~
:D
Sekian dulu laporan untuk kali ni..
Aku ada banyak benda nak share sebenor nya..
tapi karang..
kalau aku merepek lama lama..
takut takut tuan punya WiFi tutup modem dia tanpa bagitau aku..
naya je..
ehe~
Till then..
Ciaw!!
Cey, letak gambar bagai..
Bajet Artis laa tu~
:D
F a R i D
Monday, February 28, 2011
Ting Tang Ting Tang; Alexander~
السلام عليكم
Haa, harini mak nak ajar noks noks semua memasak. Haha!! Eh takdelaa, guwa bukan reti memasak pun. Cumanya, masak nasik dengan masak ayor tu, guwa paling pro sekali. Ekeke. Selalu kalau aku usha blog gadis gadis kan, usually dia mesti ada tunjuk dia cuba untuk main masak masak. Kalau tak banyak pun, tapi MESTI ada punya laa. So, aku pun nak jugak tunjuk bakat aku sikit. Boleh tak macam tu?? Eh, mesti laa boleh. Dah ini blog aku, kan kan kan. :D
Fuh, aku tengok pun meleleh~
(Eleh, dah hang yang masak, memang laa hang je yang meleleh tengok. Entah entah orang lain apa pun tak~ :p)
Yang sebenornye kan, ini breakfast aku hari Khamis sudah. Aku malas update blog minggu lepas. So, aku forward ke minggu ni. Haha!! Enjoy~
p/s : Sapa sapa rasa nak ambik kelas memasak, sila call aku. 013-6**7**4~
:D
F a R i D
Temu Ramah Mesra~
السلام عليكم
Well, hello there World (cewah, buat gaya Anwar Hadi lah pulak~ :p)
Pada tarikh 23 Februari 2011, hari Rabu; bertempat di Bank Muamalat Ipoh, Aku telah menghadiri satu sesi interview. Haha. First experience aku kot~

Mak ai, duduk sebatu jauhnya~ :D
Sebelum tu, hari Isnin malam tu, ada orang call aku (apa malam malam buta call panggil datang interview~). Dia bagi briefing serba sikit pasal position yang aku apply tu. Dia jugak ada bagi tips tips apa yang bakal si tukang interview tu tanya aku nanti. "Nanti, you datang Bank Muamalat Ipoh, you cari orang nama Tuan Haji Zakaria. Dia yang akan interview you". Haa , ambik hang. Tuan Haji yang interview aku. Then, orang yang call aku tu pesan lagi, "Nanti you prepare lah sikit sikit pasal Fardhu Ain, tugas tugas job you tu ye. Oh ye, kalau you rajin, you buat research sikit pasal Bank Muamalat ye". Ah sudah, ni nak pegi kelas Fardhu Ain ke, nak interview ni?? Tapi, guwa layankan je. Malam esoknya tu, aku mula laa refresh balik asas asas Fardhu Ain aku. Haha. Yelaa, benda bukan kita tak tahu, cuma nak kena ingat balik sikit sikit.
Interview tu akan berlangsung pada pukul 11 pagi. So, aku pun prepare lah apa yang patut supaya bila nak gerak pegi, aku takde laa rushing sangat. Pagi Rabu; lepas Subuh, guwa mandi baik baik punya, taruk minyak rambut, sikat rambut kemas kemas, pakai perfume faveret segala bagai, guwa pun melangkah keluar dari rumah. Cop~ Sebelum tu, ada kejadian yang aku rasa tak patut ada pagi tu. Ahaha. Malam sebelumnya, aku dah letak siap siap baju dengan seluar aku kat meja iron. Senang Mak aku nak iron kan sekali. (punyalaa pemalas~) Tapi lepas tu, mak aku cakap kat aku kat seluar aku macam ada something yang kotor, macam basuh tak bersih. Aku check balik. Haiyaa!! How come boleh ada benda alah macam tu. Dia macam putih putih sebab sabun. Lebih kurang macam tu laa. Pelik aku, padahal aku basuh haritu elok je. Mak aku pun dah lambat nak pergi kerja, so aku ambik seluar tuh aku letak air kat area area G spot dia. Cewah. Haha. Jenuh laa jugak, ada yang hilang, ada yang tak. Yang tak hilang tuh, aku letak air then aku tonyoh dengan berus. Nasib baik hilang. Aku pun ambik seluar, seterika balik bagi cun then pegi mandi. Ahaa~
Bila dah siap hensem hensem ni, (hensem ke??) aku pun bagitau bapak aku nak gerak dah, then aku text membe aku; Hanip Si Burung Hantu. Haha. "Weh, hang dah siap belum?? aku dah otw pi umah hang", lebih kurang macam tu laa ayat dia. Sampai kat rumah dia, aku baru teringat yang tie aku tertinggal kat rumah. Haiyaa~ Nasib baik si Hanip ni ada tie yang STYLEE~ hehe. kitorang pun gerak dari taiping around pukul 9 ++ . Sementara nak sampai ipoh, kami sempat singgah RnR Sungai Perak dulu; lepak dulu bro, minum minum, isi perut sikit. Ye dak?? Haha. Time ni orang tak ramai kat RnR; part ni yang best. Aku dengan Hanip datang kat cafe dia, semua orang kat situ usha satu macam kat kitorang; macam tak pernah jumpa orang je gayanya. Mana tak nya, dress up kami dua dah macam gaya gaya CEO paling berjaya kat Malaysia. Wehuu~ (perasan sudah~) After dah setel breakfast semua, kami sambung perjalanan kami ke Ipoh. Haha. Macam jauh je bunyi nya. Kami sampai kat bangunan Bank Muamalat dalam pukul 10 ++ . Dah cari port parking baik punya, aku pakai tie, betul betul kan sikit apa yang patut then aku dengan Hanip pun pegi laa masuk Bank Muamalat nya. Masuk masuk je, terus aku tuju kat Pak Guard yang budiman kat tepi sudut tu. (sudut mana entah~)
*******************
Aku : "Assalamualaikum Pakcik."
Pak Guard yang Budiman : "Waalaikumussalam. Ya??"
Aku : "Tumpang tanya, saya nak jumpa dengan Tuan Haji Zakaria."
Pak Guard yang Budiman : "Oh, nak interview ye?? Awak naik tangga depan sana, lepas tu pegi kanan sekali ada pintu ofis. Dari situ, akan ada orang yang handle awak."
Aku : "Oh, terima kasih ye pakcik."
Lepas aku dah sembang lebih kurang dengan Pak Guard yang Budiman tu, aku naik atas then jumpa laa pintu department ofis Bank Muamalat nya. Aku ambik barang barang keperluan yang patut dari beg aku, then aku mintak tolong Hanip jaga beg aku tu. Masuk je dalam ofis, dia suruh aku masuk dalam satu bilik kecik; something yang pada aku ala ala bilik meeting diorang. Department dia pun kecik je. Hee~ Bila aku masuk ada sorang mamat ni, dia pun tengah nak tunggu kena interview. Mula mula aku masuk dia macam terkejut, dia ingat aku laa BOS yang interview dia tu. Ekeke. Tengok, dia pun usha aku ada gaya gaya BOS BESAR. (okay Farid, stop merepek ye~) Tak lama lepas aku dah sembang 2-3 das dengan budak tu, assistant bos datang. Dia bagi aku 4 helai kertas. Kome tau ape benda nye?? Ahaa~
1. Kertas soalan berkaitan Fardhu Ain. (1 Helai)
2. Kertas untuk diisi tentang personal details. (3 Helai)
Ambik hang, berpeluh peluh aku jawap soalan fardhu ain tu. Habis keluar peluh jantan aku. (memang laa, tak kan betina pulak, adoyai~) Nasib baik laa aku ada revise balik bab bab fardhu ain ni. Yela, bukan tak tahu, tapi sebab dah lupa. Biasalaa, aku bab benda benda lagho cepat jela aku ingat. Ekeke. Then, bila dah setel bab jawap soalan cepucemas tu, dia panggil buat test komputer pulak. Yang ini, tak laa susah sangat. Tapi bila dia dah bagi estimated time dia, menggelabah jugak laa aku. Dan dan laa tangan mula berpeluh jugak time ni. Haha. At last, siap pun. Sementara dah siap tu, aku tunggu je laa turn aku. Rilek rilek di shopping kompleks. Eh silap. Lepak kat meja yang disediakan je pun. Masa tu, kat meja aku lepak tu, kebetulan ada client datang. Dia ada something yang dia musykil pasal bank statement dia; berkenaan personal loan yang dia buat untuk beli rumah. Kemain dia speaking time dia explain apa yang dia tak paham pasal statement tu. Sampai akak yang handle dia tuh, speechless terus. Terus kene mintak bantuan Assistant Boss dia. Kesian akak tu kene tepet free je. Haih~ Brader tu pun satu, jangan laa show off sangat. Kita sesama melayu kot.. =.="
Haa, akhirnya, masa yang ditunggu tunggu telah pun tiba. Turn aku pulak kena interview. Guwa buat muka paling rilek abad ini, melangkah dengan penuh bergaya menuju ke bilik kecik tu untuk di interview. Masuk masuk, bagi salam. Tuan Haji tu pun suruh duduk. First benda dia buat, dia belek belek kertas jawapan aku, dengan personal details aku. After dia tick kertas jawapan aku, dia pun mula bersuara.
Tuan Haji : "Baca fatihah boleh?? Sekali tajwid." (Ah sudah, ini interview keja bank ke interview Imam Muda ni?? =.=")
Aku : "InsyaAllah boleh." (Aku pun start baca dengan tune yang paling power aku ada~)
Tuan Haji : "Banyak kena perbetui lagi tu. Semayang dak?? Baca Quran dak??" (Tu dia soalan, habih kemaih dia bagi aku~)
Aku : "Semayang, Quran tu dah jarang baca." (Yeah, my mistake~)
Tuan Haji : "Laa, pasaipa dah jarang?? Kuliah agama pi dak??" (Haiyaa, aku kalah soalan soalan macam ni~)
Aku : "(Senyum kelat sikit~) Entah laa, salah diri sendiri. Semua tu datang dari diri sendiri. Tak pun, jarang jugak." (Tak kan guwa nak tipu pulak kan~)
*******************
Haa, tu baru mukadimah dia. Lepas dah tepet aku dengan soalan soalan yang agak membunuh, dia pun tanya serba sedikit pasal latar belakang aku, family aku bla bla bla. Nasib baik laa boleh melawak lagi dengan Tuan Haji tu time interview. So, takdelaa aku nervous sangat. Hihi. At the end dia cakap, nanti kalau terpilih, akan ada orang call aku untuk diserap masuk bekerja di Bank Muamalat Ipoh. Harap harap nya, dapat lah ye. Boleh aku selalu turun Stadium Ipoh tengok bola. Ahaha. (tengok, belum apa apa nawaitu tu dah terpesong~)
Semoga Tuan Haji pilih lah saya ye!! Amin~
Lepas sesi interview tu, aku dengan Hanip sempat jalan jalan cuci mata kat Al-Ikhsan Ipoh Parade. Tiba tiba aku ada terjumpa patung yang siap bergaya dengan jersi Liverpool. Macam ni haa~
Sepak pun tak kena, patut laa Standard Kampung je. Eh silap, Standard Chartered~
(Jangan marah haa fans Liverpool~)
F a R i D
Sunday, February 20, 2011
Resepi Rahsia~
السلام عليكم
"Dah lama tak pi makan kat market ikan manhattan ni.." Haha. Haram aih budak ni. Pandai cari point untuk buat audiens gelak sakan. Mostly, apa yang dia dok habaq dalam Vlog dia ni, ada betui nya. Aku ambik contoh bab makan kat "Market Ikan Manhattan" tuh. Haha. Yalaa, tang makan, kemain lagi dok order eskrem harga RM 32.45 (baca macam ni : 32 ringgit 4 kupang 5 duit~). Dah tu, tang nak bagi derma, cukup liat. Itu pun bagi duit seringgit ja. Bukan kata tak bulih, memang kata derma tu atas diri masing masing; seikhlas mungkin. Tapi kalau dah harga eskrem pun 30 ++, apa laa salahnya bagi derma lebih sikit; nanti hampa jugak yang murah rezeki. Betui dak?? Aku nak cakap lebih lebih pun tak bulih, pasai aku pun bukannya berjenih sangat orangnya. Ekeke. Takpa, yang baik kita ambik jadikan tauladan, kan??
So..
Harapannya..
Semoga hampa2 yang baca entri kali, dapat manfaat..
InsyaAllah~
=)
F a R i D
Haa, kali ni punya entri nak bawak sedikit kelainan. Nak speaking 'Utara Accent' sikit. Cewah~ Bukan pa (alamak, dah terStart cakap utara~) 2 - 3 hari lepaih, asyik dok tengok video2 yang terkandung nya 'Utara Accent ni'. Ehehe. So kali ni, aku pun nak tulih entri dalam loghat utara bak kata orang kita. Keh3. Hampa ada penah dengaq pasai mamat ni dak?? IniAnwarHadi. Dia ni kira geng budak cerdik laa pada aku. Speaking English kemaih, speaking utara, toksah cita laa. Kalau tak kemaih jugak, baik tak payah dok area utara. Muahaha. Mamat Anwar Hadi ni ada stail tersendiri; kebanyakan Vlog - vlog (vlog = video log) yang dia hasilkan, ada mesej2 yang berguna untuk kita2 semua ni jadikan pengajaran. Dalam banyak2 Vlog yang dia dah buat, aku cukup berkenan kat Vlog dia yang satu ni.
Anwar Hadi, lu memang stail habaq hang~
So..
Harapannya..
Semoga hampa2 yang baca entri kali, dapat manfaat..
InsyaAllah~
=)
F a R i D
Friday, February 18, 2011
Action Kamen~
السلام عليكم
Agak2 kome kan, muka kome boleh lagi eksyen dari budak ni tak??
You all jangan jeles tau, Pak Long dukung I~
Haha, siot laa budak ni . Buat muka action kamen . Cha, tak baik riak . Tuhan tak suka .
:p
F a R i D
Wednesday, February 16, 2011
Rajinnya~
Ohoi Farid!!
Kemain skang rajin ye . Rajin apa kamu tanye?? Rajin update blog laa . Ceyt~
Rajin update blog tu dah bagus dah, tapi dah MALAS bersukan . Apa kes??
Dah2 . Lepas ni tolong beri keutamaan balik kepada penjagaan berat badan dan perut anda ye Farid?? (Aku dah cakap dah, buat blog ni lagho~)
Sayangi Perut Anda Setiap Hari (Pesanan Khidmat Masyarakat dari Vitagen~)

Moh Joging!!
F a R i D
Al - Kisah (Tayyib..) ~
Salam semua~
Untuk entri kali ni, aku nak cerita pasal seorang insan, yang namanya Mohamad Fakhri Hilmi Bin Mohamad Yazid a.k.a Adik . Beliau ni adik bongsu aku .
Untuk entri kali ni, aku nak cerita pasal seorang insan, yang namanya Mohamad Fakhri Hilmi Bin Mohamad Yazid a.k.a Adik . Beliau ni adik bongsu aku .
Tengok, kecik2 lagi dah comel~
Adik (panggilan manja adik aku) lahir pada 10.10.1994 . Dalam kami adik - beradik, dia sorang je yang berjaya ikut kulit cerah macam mak aku . Aku?? Kecik2 je putih, dah besor, foul . Ahaha . Selalu sangat main panas . Ape nak buat kan . Adik perempuan aku pun sama . Ikut foul macam aku jugak . Tapi dia tak main panas, heran aku . Ekeke (kemain sedap membahan ye~) . Adik seorang yang agak manja, standard laa, anak bongsu kan . Tapi, kadang2 dia degil tak tentu hala, itu yang aku geram tu . Apa yang best pasal Adik ni, dia suka nak ikut acuan aku . Suka disini aku mengingatkan kat kome, bukan acuan buat kuih ye, tapi acuan gaya hidup . Mostly, apa yang aku suka dia mesti ikut suka jugak . Nama pun adik beradik kan . Ehe . Aku suka main bola, dia pun suka jugak . Aku suka Manchester United, pun dia suka jugak . Aish, habis apa yang kamu tak suka Adik oi?? Senang cite, aku ni idola dia laa . Hehe .
Dia tidur sebilik, sekatil dan sebantal dengan aku . Eh, cop!! Bantal asing2 . Lupa . Keh3 . Kome nak tau, asal aku bangun pagi je kan, mesti dia tengah lena sambil peluk aku . Aww, sweet you~ Itu memang dah jadi habit dia, tak boleh nak elak . Sampai aku umur 18 - 19 pun dia still tidur peluk aku . Haha . Masa dia dalam umur 6++ kot, dia ada satu habit . Dia suka cium siku orang ; mostly aku laa yang kena . Haha . Mak Ayah aku pun jadi mangsa . Aku syak dia terikut habit aku masa kecik . Muahaha!! Mak aku cakap aku dulu pun macam tuh (Malunya =.=") . Adik aku cukup takut kalau dia dah nak masuk tidur, aku tak nak masuk sekali . Sebab, dia takut tidur sorang2 . Ceyt~
Bila aku dah mula masuk Asrama, dia jadi boring . Sebab aku takde kat rumah . Asal aku call rumah je, dia mesti nak cakap dengan aku . Dia cakap laa, dia rindu aku, dia boring aku takde kat rumah, takde orang nak gaduh dengan dia etc. . Aku dalam lingkungan umur 13++ time tuh manelaa nak ambik port sangat cakap Adik aku . Kononnya pada aku, ayat2 picisan je tuh . Eceh . Keadaan yang sama berterusan dari aku form 1 sampai aku form 5 . Kalau aku balik cuti ke rumah, dia laa orang yang paling heaven sekali . Hoho . Lepas aku habis sekolah, aku direkrut masuk PLKN pulak, tapi panggilan kedua . Dari bulan 3 sampai bulan 6 . Itu jam, makin tak keruan laa adik aku dibuatnya . Habis je PLKN, dalam sebulan lebih lepas tu, aku dapat masuk Kolej Profesional MARA Beranang (KPMB) ; tempat di mana aku mengambil masa selama 4 tahun setengah untuk dapatkan segulung Diploma Lanjutan . Haha!! Okay, tak boleh cerita lebih2 . Next time aku cerita . :p
Tapi, Adik hanya bernafas di muka bumi Tuhan ni sehingga 27 November 2007, dalam usianya 13 tahun 1 bulan 7 hari . 26 November ; malam tuh Adik macam biasa laa, pegi surau . Itu dah memang rutin dia . Lepas sembahyang, dia mesti main race basikal barang sedas dua, dah puas baru balik rumah . Darah muda laa katakan . Ehehe . Tapi malam tu dia balik lambat sikit dari biasa, aku pun tak tau kenapa . Tak lama lepas tu, aku dengar bunyi loceng, banyak kali pulak tu . Aku bukak gate, rupanya adik aku . Aku sound laa, "Tekan sekali dah laa" . Tapi dia macam nak tak nak je respons . Selalu tu, dia laa paling cepat menjawap . Masuk je rumah, dia mengadu sesak nafas . Aku tanya apa punca, dia cakap tadi tengah main race2 basikal dia terjatuh . Bucu handle basikal tuh terkena sisi pinggang dia, memang nampak bekas wey ; seketul rupa bucu handle tuh . Bucu handle kan bulat . Aku tanya lagi, macam mana boleh jatuh . Dia tak ingat insiden tuh, tau2 je dah tergolek . Jadi, aku dengan Mak tak dapat laa nak bayangkan macam mana insiden tuh terjadi .
Adik still mengadu yang dia sesak nafas . Lama wey, dekat 10-15 minit jugak laa . Last2, aku dengan Mak aku decide bawak pegi hospital . Ayah aku time tuh tengah main badminton . Dia memang tak tau lagi pasal ni . Sampai2 hospital, aku terus ambik wheelchar, eh silap ; wheelchair (itu laa pentingnya English Education~) sebab kalau tak letak Adik atas wheelchair, pihak hospital tak nak layan . Diorang sentiasa mendahulukan kes2 kecemasan dulu . So, aku assume Adik aku kategori kes kecemasan laa . Lepas aku dah port kereta depan pintu masuk 'Emergency' tuh, Mak aku tolak wheelchair Adik sementara aku pegi cari parking kereta properly . Bila aku dah park kereta, aku masuk dalam and then follow Mak aku pegi ICU . Diorang masukkan adik aku kat sana buat sementara ; pelik2 je doktor ni . Tak lama lepas tuh, Ayah aku sampai . Adik perempuan aku takde masa ni, dia kat Hostel . Malam tuh Adik kena tahan wad . Ayah aku jaga dia, aku bawak Mak balik rumah . Mak kena kerja esok nya .
Pagi esok nya, aku datang bawak Mak . Ayah balik untuk mandi dan rehat kejap . Mak aku last2 ambik EL (pada yang tak tau, EL = Emergency Leave~) . Yelaa, mak mana yang tak susah hati tengok anak kena tahan wad . Masa tuh, aku sempat laa jugak gurau2 kasar dengan Adik . Bila aku cakap dengan dia, dia sempat senyum balik . Pada aku, kira okay lah tu kan . Tengahari, family makcik aku sampai . Kitorang (Aku, Mak & Ayah) mintak tolong family makcik aku tengokkan Adik sementara kitorang pegi makan jap . Masa makan, semua orang makan sikit je, takde selera ; macam ada tak kena je . After makan yang ala kadar tuh, keme bertiga bergegas balik ke hospital untuk tengok condition Adik . Mula aku tengok, macam ada something wrong . Adik bernafas macam orang tak cukup nafas . Laju je dia bernafas . Masa tu, aku ingat biasa2 je kot . Lepas tuh aku duduk kat luar je . Sebab aku tak suka tengok Adik dalam keadaan macam tuh . Tak lama lepas tuh, jadi kecoh . Mak jerit2 panggil doktor . Adik macam terkulai je aku tengok . Time ni, serius aku cakap servis doktor2 hospital kerajaan ni sangatlah LEMBAP . Aku tak tau kenapa . Okay, aku admit yang ajal tu dia tak kan lambat atau cepat walau sesaat . Aku terima itu suratan Dia . Tapi, kecewa gila laa tengok sikap dan servis doktor2 tuh . Haih =.="
Bila reaction Mak aku yang panik macam tuh, baru laa diorang terhegeh hegeh datang buat apa yang patut . Aku masa tuh dah duduk jauh, termenung kat tepi tingkap . 2 orang doktor dengan 1 tong oksigen berada di area katil Adik . Diorang pam oksigen berulang ulang ; aku masa ni dah terpikir macam2 . Kome tau kan apa yang aku pikir . Tapi, at the end, benda yang aku pikir tu laa jadi kenyataan . Aku datang kat katil Adik, Adik dah takde . Lidah dia terjelir keluar . Sadis je aku tengok . Mungkin sebab doktor2 tadi pam oksigen, tu yang lidah dia terkeluar kot . Tanpa dipaksa paksa, air mata yang dah lama guwa tahan, jatuh berderai . Doktor mengesahkan kematian Adik pada jam 2 lebih waktu tempatan . Aku dengan Ayah tunggu kat Bilik Mayat untuk urusan bawak balik jenazah Adik .
To Be Continued~
Monday, February 14, 2011
I Love You STALKER~
Salam Sejahtera Ke Atas Anda Semua..
Stalker . Menatang apa Stalker tuh?? Boleh di makan ke?? Macam mana rupa dia?? Macam2 persoalan keluar bila mula2 aku kenal apa itu Stalker . Ehe . Meh tengok sikit definisi Stalker .
According to Urban Dictionary.com the term has three definitions .
2. A person who spends large amounts of time on facebook looking at other people's profiles. often browsing photos, walls (or wall-to-walls), groups, or recent activity posted on the stalked person's mini-feed.
Stalker . Menatang apa Stalker tuh?? Boleh di makan ke?? Macam mana rupa dia?? Macam2 persoalan keluar bila mula2 aku kenal apa itu Stalker . Ehe . Meh tengok sikit definisi Stalker .
According to Urban Dictionary.com the term has three definitions .
1. Someone who is obsessed with someone else and stalks them on facebook. Not always traceable or noticable, but clues are: wall posts replying to every status update, viewing every posted picture of the stalked, etc.
("Wall posts replying to every status update, viewing every posted picture of the stalked, etc." Cilake, ayat dia ni buat aku terasa~ :p)
(Haha . Makna kata, semua orang yang ada FB, STALKER~)
Sejak2 kemunculan zaman "Dunia Tanpa Sempadan", macam yang sekarang kita tengah tempuhi ni, lebih2 lagi kat laman sosial macam Facebook; makin ramai lah jugak di kalangan kita yang menjadi part-time Stalker . Ahaha . Apa?? Tak betul?? Cit poodah . Macam lah kome tak pernah stalk2 page orang lain kan . Ekeke . Okay, aku tak kata salah pun jadi part-time Stalker ni, masing2 ada opinion masing2 kan . Selalu nya, kalau kome2 ni stalk page orang, mesti bersebab kan . Kalau stalk duduk diam2 takpe lagi, ini masalah nya, awak tuh dah laa stalk page orang, lepas tuh menyalak nyalak tak tentu hala . Tapi macam kata kawan aku ni laa . "Stalker ni macam peminat hang @ secret admire laa . Dia ambik berat kat kita kot . Hang ada?? Hang ada??" . Haha . Aku pun tak tau laa aku ade ke tak Stalker . Rasa macam ada . Ehe (Bajet Hot je hang ni Farid~)
Kejadian stalk - mengeStalk ni tak terjadi secara official kat aku, tapi kat kawan aku . Kesian gila . Tak pasal2 kawan aku tuh kene setepet dengan si Stalker . Dia sedap2 stalk page kawan aku ni tapi, bila tang nak 'Fire' kawan aku, dia post dekat formspring kawan aku je . Haha . Kang kalau post dekat wall kawan aku, kantoi laa dia ni STALKER . Ye dak?? Ni antara bukti si Stalker berdialog dengan kawan aku tu :-
3. A person who hooks up with people, and then stalks them on facebook. This is different from facebook whore. Dude, that girl is such a facebook stalker. She won't stop messaging
me.
Sejak2 kemunculan zaman "Dunia Tanpa Sempadan", macam yang sekarang kita tengah tempuhi ni, lebih2 lagi kat laman sosial macam Facebook; makin ramai lah jugak di kalangan kita yang menjadi part-time Stalker . Ahaha . Apa?? Tak betul?? Cit poodah . Macam lah kome tak pernah stalk2 page orang lain kan . Ekeke . Okay, aku tak kata salah pun jadi part-time Stalker ni, masing2 ada opinion masing2 kan . Selalu nya, kalau kome2 ni stalk page orang, mesti bersebab kan . Kalau stalk duduk diam2 takpe lagi, ini masalah nya, awak tuh dah laa stalk page orang, lepas tuh menyalak nyalak tak tentu hala . Tapi macam kata kawan aku ni laa . "Stalker ni macam peminat hang @ secret admire laa . Dia ambik berat kat kita kot . Hang ada?? Hang ada??" . Haha . Aku pun tak tau laa aku ade ke tak Stalker . Rasa macam ada . Ehe (Bajet Hot je hang ni Farid~)
Kejadian stalk - mengeStalk ni tak terjadi secara official kat aku, tapi kat kawan aku . Kesian gila . Tak pasal2 kawan aku tuh kene setepet dengan si Stalker . Dia sedap2 stalk page kawan aku ni tapi, bila tang nak 'Fire' kawan aku, dia post dekat formspring kawan aku je . Haha . Kang kalau post dekat wall kawan aku, kantoi laa dia ni STALKER . Ye dak?? Ni antara bukti si Stalker berdialog dengan kawan aku tu :-
Si Stalker bagi setepet, kawan aku balas bertepet tepet . Best~
Ini pulak pesanan khidmat masyarakat dari kawan aku tu :-
Haha . Menganjing Tahap Petala Langit Ke-2~
Tak pasal2 kawan aku kena . Niat dia telah di salah erti kan oleh si Stalker . Aku pernah je tengok gambar yang kawan aku tuh letak . Takde aku pikir ape2 pun . Tapi, si Stalker ni kemain geram + marah + lots of jealous dengan kawan aku ni . Dah kenapa kamu ni Yong oi?? Eh, Yong?? Mane hang tau dia perempuan wey?? Bak kata kawan aku, "Tengok gaya dia cakap pun dah tahu perempuan, tak kan lelaki pulak." Haha . Mula2, aku pun tak expect perempuan . Tapi, lama2 bila aku baca balik bait2 ayat dia tuh (cewah~), ada laa iras2 ayat perempuan yang iri hati dengan rezeki kawan aku .
Okay, meh kita buat conclusion dari bait2 ayat dia tuh dan seterusnya menutup terus entri untuk kali ni :-
"Frankly talk, awk ni mcm berlagak. like giler berlagak yet annoyingggg. perlu ke ambil setiap sudut gambar kereta baru. komen2x awk kt gmbr 'kereta mahal' pun sgt lah annoying. x perlu la show off sgt. oh come on, its just vios. x perlu gedik ok??"
Conclusion :
1. Berlagak?? Kau kenal ke kawan aku ni orang nya macam mana?? Main tuduh2 je dia berlagak~
2. Annoying?? Dia upload gambar tuh kat Facebook dia je pun . Takde pulak dia heboh2 satu dunia . Aku pun mula2 tak tau dia ada kereta baru . Lepas aku STALK page dia baru aku tau . (Kantoi stalk~ :p)
3. Show Off?? Kau jealous ni . Kan2?? :D
4. Gedik?? Letak gambar kereta milik diri sendiri kau cakap gedik?? Haha~ Kau ni paham ke istilah gedik tuh ape?? Tak sesuai langsung ayat kau ni . :p
F a R i D
Thursday, February 10, 2011
Perak FM, Untuk Kome Aje (Tagline Mahal Tuh) ~
Ada satu hari tu, aku tengah breakfast . Makan roti lapik telur . Eh boleh eh macam tu?? Ape pulak tak boleh . Korang susun roti tuh bertingkat tingkat, then setiap roti diselang seli kan dengan telur . Get it?? Haha . Eh, dah tersasar dari topik asal sebenarnya . Aku makan roti tuh sekadar watak sampingan . Watak utama untuk entri kali ni, radio kat rumah aku yang frekuensi nya 104.1 FM, Perak FM . Mak aku laa punya keje ni . Ekeke . Weh, aku baru teringat . Sebenarnya, bukan makan pagi, aku makan tengahari . Haha . Sorry2 . Takpe laa, anggap laa itu mukadimah ye . Baru sedap nak start cerita . Ehe~
Tengah aku sedap menjamu selera ni, aku dengar laa DJ Perak FM ni berceloteh . Ada satu panggilan masuk . Di bawah berikut, dialog perbualan antara si DJ dengan si pemanggil . Kak Nab (bukan nama sebenar, sebab aku tak hafal nama dia . :p)
DJ : "Hello, siapa bercakap??"
Kak Nab : "Ni Kak Nab ni, dari Teluk Intan"
DJ : "Ouh Kak Nab . Ape ceghite?? Buat ape je petang2 ni??" (Dan2 DJ macam kenal . Haha~)
Kak Nab : "Kak Nab tengah lipat baju ni" (Kak Nab tu gelak 2-3 das, lepas tuh terus dia letak gagang telefon)
DJ : "Lah, udah dia letak gagang telepon . Ajenye handei ye Yong~" (DJ tu pun pakat gelak mengenangkan kerenah Kak Nab)
1st time aku jumpa conversation dalam radio macam tuh . Punya sempoi . Nasib baik aku tak tersedak time makan nasik tengahari tu . Kak Nab, Kak Nab . Macam2 hey . Ekeke . Tapi kan, kat radio2 negeri ni commonly memang sesama DJ dengan si pemanggil selalu nya kenal . Kadang2 aku dengar kat Perak FM ni, siap bersembang macam terserempak kat kedai runcit je gayanya . Haha . Style habis . Sebab tuh laa Tagline Perak FM; Untuk Kome Aje, sangat2 lah sesuai .
p/s : Ada satu slot kat Perak FM ni, nama dia "Deme Tanye Pak Ngah Jawap" . Haa, menjawap le kome weyh~
:D
F a R i D
Subscribe to:
Posts (Atom)